Khamis, 22 Oktober 2015

Kelebihan Berzikir Di Dalam Kehidupan Seharian

Berzikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah Zikir Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim.

Kelebihan Berzikir
“Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,”Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? “(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).”



Terdapat banyak kelebihan sekiranya kita berzikir. Tidak susah dan sangat mudah untuk kita berzikir. Sekiranya kita dapat perjalanan ke tempat kerja pun boleh. Pasang CD zikir. Dengar dan ikuti alunan zikir itu bersama-sama. Ketika kita hendak buat kerja pun boleh. Sambil buat kerja sambil dengar. Mudah kan.

Zikir

Kelebihan Berzikir Di Dalam Kehidupan Seharian
1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat.
2. Zikir adalah obat yang dapat melembutkan hati.
3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia.
4.  Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa.
5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah.
6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya.
7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji.
8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq.
9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan.
10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia.
SUMBER : SYAH ZUFAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...