Ahad, 25 Oktober 2015

Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami Jatuh Miskin

foto asmirandah bertudung.jpg 
Astagfirrullahhalazim!!! Setelah Murtad Dari Islam Asmirandah dan Suami Jatuh Miskin

Jika anda adalah antara peminat Sinetron dari negara seberang iaitu Indonesia, anda mungkin mengenali pelakon ini. Pelakon yang dimaksudkan adalah Asmirandah atau nama penuhnya Asmirandah Zantman.
Asmirandah dikatakan menghadapi kesukaran hidup setelah murtad dari agama Islam. Khabar angin mengatakan setelah murtad dari Islam, Asmirandah dan suami menghadapi kesempitan hidup dan boleh dikatakan “jatuh miskin”.




gambar asmirandah bertudung.jpg 
Pada tahun 2014 pasangan selebriti Asmirandah dan Jonas Rivanno dikhabarkan telah menghadapi masalah kewangan. Menurut Tabloid Genie, Jonas terjerat dengan hutang sehingga membuatkan Asmirandah menjual rumahnya.

Asmirandah telah memutuskan untuk bertukar agama, setelah suaminya gagal memeluk Islam. Keputusan Andah itu mendapat tentangan dan kecaman dari keluarganya. Namun, cinta Andah kepada Jonas membuatnya mengabaikan tangisan sang ibu yang memintanya tidak bertukar agama kepada agama Kristian.
asmirandah berjilbab.jpg
Bintang filem Ketika Cinta Bertasbih itu tetap pada keputusannya mengikuti agama Jonas dan menjauhkan dirinya dari orang tuanya.

Sejak cerita itu tersebar, karier Andah dan Jonas di dunia hiburan Indonesia kelihatan hancur dan tenggelam, serta mulai dijauhi peminatnya.

Bagaimanapun ada juga pihak yang menafikan mengenai cerita ini. Tetapi jika kita lihat sekarang wajah Asmirandah tidak lagi kelihatan dalam Sinetron yang terbaru dari Indonesia.
blog ammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...