Selasa, 6 Oktober 2015

Resepi - Talam Pisang Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kuih talam pisang ni saya buat minggu lepas.  . Kuih ni tetap sedap. Pada peminat kuih2 talam tu, bolehlah cuba resepi mudah ni.



 
 
 
 


Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang 9 atau 10 inci
  • 3 1/2 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan (1 cwn santan pekat dan selebihnya tambah air)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak, buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.
**Alaskan plastik terlebih dahulu di sekeliling loyang, sapukan sedikit minyak masak dan bolehlah kukus kuih spt biasa.
 yatiememories.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...