Roti sememangnya menjadi makanan kegemaran semua lapisan usia.
Kanak-kanak antara golongan yang paling gemar makan roti. Roti adalah
salah atu sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana berdasarkan
piramid makanan, roti termasuk dalam kumpulan karbohidrat iaitu pada
paras satu dasar piramid tersebut.
Berdasarkan piramid pemakanan, kanak-kanak yang berusia di antara dua
hingga enam tahun perlu mengambil 6 hidangan daripada kumpulan nasi, mi,
roti, bijirin dan ubi setiap hari. Manakala kanak-kanak lebih besar
pula perlu mengambil sebanyak enam hingga 11 hidangan sehari.
Roti sememangnya sesuai diambil oleh kanak-kanak. Kandungan
karbohidrat, protein dan lemak yang ada di dalamnya memenuhi keperluan
untuk tumbesaran mereka. Sebenarnya ada banyak jenis roti di sekeliling
kita. Ada roti putih, roti gandum, roti berperisa dan banyak lagi.
Namun, mana satukah roti yang bagus untuk anak?
Sekiranya kanak-kanak diberikan peluang memilih sendiri roti yang ingin
mereka makan, tentulah rasa yang menjadi keutamaan. Biasanya
kanak-kanak sukakan roti yang manis. Tapi, kita semua tentu tahu bahawa
faktor rasa bukan perkara utama dalam memilih makanan yang baik untuk
anak. Berikut adalah info tentang roti yang perlu anda tahu sebelum
memilih roti untuk anak anda.
1. Perlu tahu jumlah kandungan kalori, lemak, kolesterol, sodium,
protein dan zat besi. Membaca label pada plastik pembungkus tentang
khasiat yang terkandung di dalam roti juga membantu anda memilih roti
yang berkhasiat.
2. Roti gandum biasa mengandungi lebih banyak vitamin B6, vitamin E, magnesium, asid folik dan zink. Walau bagaimanapun, kini kebanyakan roti putih turut diperkayakan dengan vitamin-vitamin tersebut.
3. Roti gandum penuh mengandungi lebih serat berbanding roti putih. Makanan tinggi serat seperti roti gandum dicadangkan pengambilannya kepada kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit.
4. Roti putih pula selalunya mengandungi lebih banyak kalsium berbanding roti gandum terutamanya jika dibuat menggunakan susu. Walau bagaimanapun, di pasaran sekarang ada roti gandum yang diperkaya dengan kalsium.
5. Sebenarnya, sama ada roti putih atau roti gandum, pilihlah yang kaya kandungan kalsiumnya (sekurang-kurangnya 10 hingga 15 peratus dalam setiap keping), tinggi kandungan serat (sekurang-kurangnya 1 hingga 1.5gm dalam setiap keping) dan sedap rasanya.

6. Selain itu, pemilihan roti putih dan roti gandum sebagai sajian
sarapan pagi perlulah berdasarkan kepada keperluan penggunaan tenaga.
7. Jika inginkan tenaga yang cepat, roti putih pilihan terbaik. Ini
kerana karbohidratnya lebih ringkas dan mudah dihadamkan. Hasilnya,
tubuh akan cepat mendapat glukosa. Sebaliknya, roti gandum penuh lebih
sukar dihadamkan kerana mengandungi karbohidrat kompleks dan serat. Roti
ini sesuai untuk individu yang perlukan tenaga berterusan.
8. Pengambilan roti gandum penuh oleh kanak-kanak perlulah dipantau. Ini kerana berdasarkan satu kajian terkini, didapati terlalu banyak serat dan terlalu sedikit lemak boleh mengundang masalah kekurangan vitamin di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

9. Kanak-kanak yang makan roti gandum penuh akan cepat kenyang dan
perut mereka sudah tidak ada ruang untuk makanan daripada kategori lain
berdasarkan piramid pemakanan. Sedangkan makanan lain seperti produk
tenusu, telur, daging dan ikan mengandungi pelbagai nutrien penting
untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.
10. Pengambilan makanan kaya serat perlulah dikawal. Kepelbagaian pengambilan makanan penting. Diet harian kanak-kanak perlulah mengandungi makanan daripada kumpulan bijirin dan ubi seperti roti, pasta dan ubi kentang; kumpulan makanan kaya kalsium seperti susu dan dadih; kumpulan makanan tinggi berprotein seperti telur, ayam dan daging; serta kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan.
11. Kajian mendapati bahawa 100 gram roti mampu memberikan tenaga, karbohidrat, protein, kalsium, fosfor dan besi lebih banyak berbanding 100 gram nasi putih atau mi basah.

pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan