Boleh
dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah
memelihara ikan Laga ini semasa kecil. Pelbagai nama yang dikaitkan dengan ikan
ini seperti ikan lawan, ikan karem, ikan pelaga dan pelbagai istilah lagi.
Walau apa jua gelarannya, pastinya setiap dari kita mempunyai nostalgia
memelihara ikan ini. Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin boleh membantu
anda untuk mengenali lebih dekat ikan Laga ini.
Fakta Satu: Mampu bernafas di dasar dan di atas permukaan air
Tidak
seperti kebanyakan ikan yang hanya mampu bernafas dengan mengumpul oksigen daripada
air melalui insang. Ikan Laga boleh bernafas di bawah dasar air dan juga di
bahagian atas permukaan air. Ikan Laga mempunyai organ yang dipanggil labirin
di mana ianya terletak di belakang kepalanya yang mana membolehkan ia menyimpan
udara. Jika dilihat ikan Laga akan naik ke permukaan air dan mengambil udara
dan kemudiannya berenang kembali ke bawah air dalam masa yang agak lama. Oleh
kerana kebolehan ini, untuk memelihara ikan Laga kita tidak memerlukan pam
oksigen.
Dalam
kehidupan liar, ikan Laga hidup dalam air yang bergerak perlahan dengan jumlah
kandungan oksigen yang ideal. Labirin berperanan untuk membantu ikan ini
mengumpul oksigen yang mencukupi untuk terus hidup. Walaubagaimanapun ikan Laga
itu masih perlu hidup di dalam air sungguh pun ia mampu menyimpan udara dalam
tempoh yang lama.
Fakta Dua: Ikan Laga
Perlukan Protein
Ikan
Laga akan memakan hampir apa sahaja makanan yang diberikan oleh anda tetapi
sumber protein wajib ada di dalam dietnya. Walaupun anda memberi pelet betta
sebagai makanan utama namun sesekali memberi ikan Laga anda makanan hidup
seperti cacing tubifex pasti membuatkan ikan laga anda lebih sihat. Berilah
makan kepada ikan Laga kesayangan anda secara harian dan pastikan tidak memberi
pellet yang berlebihan pada satu-satu masa. Setiap sisa makanan yang tinggal mesti
dikeluarkan selepas lima minit. Ikan Laga terdedah kepada sembelit, jadi
sesetengah pakar mencadangkan anda biarkan ikan Laga anda berpuasa atau kata lainnya
tidak diberi makan untuk satu hari pada setiap seminggu.
Fakta Tiga: Ikan Laga
jantan amat menjaga wilayah kawasannya
Apabila
anda melawat sebuah kedai akuarium, anda akan melihat bahawa ikan Laga
kebiasaanya diletakkan di dalam bekas yang berasingan setiap satunya. Jika anda
melihat ikan Laga yang banyak di dalam sesuatu tangki, ia kemungkinan besar
adalah ikan-ikan Laga betina. Agak sukar meletakkan ikan Laga jantan dengan
ikan Laga yang lain kerana ia amat mengawal ruang wilayahnya dan semestinya ia
akan berjuang sehingga ke akhir hayat untuk mempertahankan wilayah tersebut. Namun
yang menariknya sifat untuk mempertahankan wilayah ini tidak dilakukan oleh
ikan Laga jantan terhadap spesies ikan yang berlainan dengannya.
Fakta Empat: Ikan Laga
betina lebih bertolenrasi
Ikan
Laga betina juga bersifat untuk memmpertahankan wilayahnya namun sifat ini
tidak begitu lama berkekalan dan tidaklah menunjukkan sifat terlalu garang
seperti ikan Laga jantan. Oleh kerana sebab ini, anda boleh memelihara beberapa
ekor ikan Laga betina di dalam satu tangki. Adalah disyorkan bahawa kumpulan
ikan Laga betina yang anda ingin pelihara secara bersama itu lebih daripada
lima ekor betina dan anda mesti menyediakan sekurang-kurangnya satu gelen air
bagi setiap ekor ikan. Tidak menjadi masalah untuk memperkenalkan dua ekor ikan
Laga betina pada masa yang sama. Ia akan menunjukkan sedikit perlakuan agresif
di antara tempoh 24 hingga 48 jam sehinggalah ia bertolenrasi untuk menerima
kehadiran antara satu sama lain. Pastikan tangki mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan
untuk memberi keselesaan dan ruang untuk berehat sekiranya memelihara banyak
bilangan ikan Laga betina di dalam satu tangki.
Fakta Kelima : Proses
pembiakan yang menarik
Ia
menakjubkan untuk menonton aksi antara ikan Laga jantan dan betina sebelum berlaku
persenyawaan. Proses pembiakan antara ikan Laga sebenarnya kelihatan seperti
pertempuran pada permulaannya kerana ikan Laga jantan dan betina akan berjuang
antara satu sama lain untuk berkongsi wilayah yang sama.
Apabila
ikan Laga jantan melihat ikan Laga betina yang matang dan sesuai dengannya, ia
akan membina sarang di permukaan air yang dibuat daripada gelembung udara yang berlendir
dan bersalut. Pada mula ikan Laga betina
diperkenalkan ke dalam tangki , ikan Laga jantan akan menunjukkan aksi sedikit
marah danakan mengejar si betina di sekeliling tangki. Ikan Laga betina juga
akan mula mempamerkan suar insang dan sirip kerana ia mahu ikan Laga jantan
sedikit reda dan tidak mudah untuk mendekatinya. Ikan jantan Laga jantan pula
akan menunjukkan pandangan sisinya yang terbaik untuk cuba menarik perhatian
ikan Laga betina. Apabila ikan Laga betina itu bersedia untuk mengawan, ia akan
sedikit menggulungkan badannya dan akan melepaskan telur. Kemudiannya ikan Laga
jantan akan mempersenyawakan telur tersebut.
Fakta Keenam: Ikan Laga
jantan adalah pengasuh anaknya
Jarang
berlaku ditemui dalam alam semula jadi, si jantan yang bertindak sebagai
penjaga anak-anaknya. Ikan Laga jantan akan menghalau ikan Laga betina selepas
proses pembiakan. Jadi anda mesti mengasingkan ikan Laga betina ke tangki yang
berasingan dengan segera. Ikan Laga jantan kemudiannya mengumpul setiap telur
dan akan mengawal rapi telur-telur tersebut. Apabila anak ikan menetas, ikan
Laga jantan akan menjaga anak-anaknya dan membawa ia kembali ke sarang dalam
mulutnya. Ini berlaku apabila anak-anak ikan Laga itu jatuh dan tidak boleh
membuat renangan ke permukaan air. Apabila anak-anak ikan Laga telah mula kuat
dan mampu berenang bebas, ia adalah masa untuk memindahkan ikan Laga jantan ke tangki
yang berasingan kerana ketika itu ia akan mula makan anak sendiri.
Fakta Tujuh: Ikan Laga
suka melompat
Apa
sahaja bekas tangki yang anda gunakan untuk memelihara ikan Laga, pastikan ia
mempunyai penutup yang selamat. Ikan Laga suka melompat keluar dari air dan ini
pasti memberi pengakhiran yang menyedihkan sekiranya anda tidak menyedarinya.
Disebabkan itu pastikan bekas tangki yang menyimpan ikan Laga perlu sentiasa ditutup.
Fakta Lapan: Terdapat
pelbagai variati ikan Laga
Penternak
hobi ini telah menghasilkan pelbagai mutasi ikan Laga untuk mewujudkan pelbagai
variati termasuklah dari segi bentuk badan, warna yang luar biasa, corak, yang
berbeza dan jenis sirip yang pelbagai. Mutasi terkini memperlihatkan sesetengah
ikan Laga mempunyai corak bertompok manakala terdapat juga yang mempunyai corak
marmar pada badan dan siripnya. Ada juga yang mempunyai sisik naga yang
dilapisi dengan warna putih, tembaga atau platinum. Terdapat ikan Laga dengan
ekor seperti sebuah mahkota, ekor seperti separuh bulan dan juga ekor berganda.
Fakta Sembilan: Umur
ikan Laga adalah tidak lama
Jika
anda mempunyai ikan Laga pastikan ia mempunyai makanan yang berkualiti tinggi,
air yang bersih dan rawatan sekiranya ia sakit. Ikan Laga hanya mampu hidup kira-kira
dua hingga tiga tahun secara purata. Di dalam keadaan optimum, ikan Laga boleh
hidup selama lima tahun. Hargai ikan Laga anda dan jagalah dengan sebaik
mungkin supaya hayatnya mampu mencecah selama yang mungkin.
kelipenang-aquamutiara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan