Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku bukan pada saya tapi pada teman-teman rapat saya.
Bermula dengan kematian seorang pelajar di universiti saya kemudian kematian tunang kepada junior yang rapat dengan saya.
Tak sampai 2 bulan ayah kepada roommate saya pula meninggal dunia dan kemudiannya ibu kepada rakan sekuliah saya dan paling terbaru adalah kematian junior kelab saya.
Kehilangan ini meninggalkan kesan mendalam dihati
Semua kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri diri saya.Semua kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya.
Semua kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.
Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah.
Hanya pada Allah. kerana Allah itu sifatnya kekal.
Rasulullah bersabda:
“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati.
Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa.. kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*Allah itu Maha Kaya.
Andai seorang kaya merasai Allah itu Maha Kaya, dia tidak akan takut untuk menderma. Andai dia seorang yang miskin, dia tidak pernah takut dengan kemiskinan dunia.
Dia tahu Allah akan memberinya rezeki kalau bukan pada hari ini pasti esok lusa dari jalan yang tak disangka-sangka..
..dan andai seorang isteri yang Allah cabut nyawa suaminya, masih mampu redha dan mengukir senyuman di bibir, kerana dia tahu Allah mahu dia menjadi isteri yang mithali dan berdikari.
Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita.
KehilanganItu yang mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan.
Perpisahan
Pemergian
Ditinggalkan
Itu yang mengajar kita segalanya yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah juga.
Itu yang mengajar kita untuk menjadi dewasa dalam segala penerimaan.
Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.
* * * * * * * * * * * * *
“Kamu sayang along tak?”
*senyap sambil buat muka pelik*
“Kamu rindu along tak?”
*senyap sambil rolling eyes*
“Kenapa senyap?”
“Apa tanya soalan macam tu. Tak brutal langsung!”
*ketawa hambar*
“Kalau sayang katakan sayang.Jangan nanti terbayang-bayang.”
“Kalau rindu katakan rindu. Jangan nanti tertunggu-tunggu.”
“Ceh! Apalah along ni! *mencebik*”
. . . . . . . . . . .
*Bacaan yasin memenuhi tanah perkuburan.*
Tak rugi pun kita ucap kita sayang mereka.
Mereka = mak ayah, adik beradik kandung, adik beradik tiri, saudara-mara ataupun mereka-mereka yang memang kita sayang walau tak ada hubungan darah sekalipun.Yang kita dah anggap macam sebahagian dari hidup dan nyawa kita.
Tak perlu selalu.
Yang penting ikhlas dari qalbu.
Selagi ada masa. Ada waktu.
http://akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan