Selasa, 27 Januari 2015

Resepi - Steamboat Ala Johnny’s

Hari ni saya nak kongsikan resepi steamboat ala Johnny’s. Sesiapa yang pernah makan steambot di Johnny’s mesti akan cakap, sos dia sedap kan? Alhamdulillah terima kasih pada Google sebab bawa saya ke blog Aisyrania yang sudi berkongsi resepi sos steamboat marvellous tu. Mmg sebijik macam kat Johnny’s ok! Gambar2 di sini pun ada yang saya ambil dr blognya juga.

KENAPA SAYA SUKA RESEPI STEAMBOAT NI?

Resepi ni sangat2 sesuai untuk ibu berkerja yang tak sempat duduk lama di dapur. Satu menu dan tak perlu nak masak pelbagai lauk sebab semua orang boleh makan, termasuk anak2 kecil sebab tak pedas (melainkan kalau anda buat sup tomyam). Sos steamboat boleh buat banyak dan kemudian disejukkan untuk next time punya meal, jadi next time hanya perlu masak nasi dan buat sup sahaja. Simple, cepat, kenyang, dan sihat. Resepi ni sesuaiii sangat tanak bagi kulit berminyak & berjerawat gitu. ;)

resepi malas masak
Menu saya sekeluarga malam tadi :)




RESEPI SUP AYAM

Bahan-bahan :
  1.  Tulang dan sedikit isi ayam – ikut sukatan sendiri
  2. Bawang putih – dicincang
  3. Kiub pati ayam -1/2 kiub,  bergantung kepada kuantiti air dalam periuk
  4. Air secukupnya
  5. Daun ketumbar (chinese paisley) – dihiris halus
  6. Garam
Cara-cara :
  • Masukkan semua dalam periuk (kecuali daun ketumbar dan garam) dan biarkan mendidih. Dah mendidih rasa dan adjust garam jika perlu (kiub pati ayam pun dah masin sebenarnya). Kemudian, masukkan hirisan daun ketumbar. Setelah didih dan masak, baru dipindahkan ke periuk steamboat.
sos steamboat ala johnny's
sos steamboat sayaaaa….ngeee~

RESEPI SOS STEAMBOAT ALA JOHNNY’S

Bahan-bahan :
  1. 8 biji cili merah (saya masukkan juga 2 biji cili padi merah nak kasi lagi pedas)
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 5 sudu besar minyak bijan
  4. 5 sudu besar apple cider (boleh juga guna cuka makan)
  5. 5 sudu besar sos ikan/nampla
  6. 2 sudu besar sos tiram
  7. 2 sudu besar kicap manis (saya selalu buat 1 sudu besar je sebab tak nak gelap sangat)
  8. 1/2 cawan air
  9. 1/2 sudu besar sunquick oren (jangan pakai perisa mangga pulak! hehe)
  10. Bijan yang disangai dulu
  11. Daun ketumbar yang dircaik halus
  12. Garam dan gula – bila perlu
  13. Bancuhan tepung jagung – bila perlu jika sos tak pekat
Cara-cara :
  • Cili dan bawang putih dikisar halus
  • Panaskan minyak bijan, masak bahan kisar atas dapur bersama apple cider, sos ikan, sos tiram, kicap manis dan air
  • Bila sos dah agak masak dan pekat, baru masukkan sunquick oren dan bancuhan tepung jagung sekiranya perlu
  • Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukkan bijan sangai dan daun ketumbar. Bijan dan daun ketumbar tu tak perlu letak banyak bila di atas dapur, ditabur di dalam mangkuk bila nak dihidang nanti.

BAHAN2 STEAMBOAT

Terpulang pada citarasa tekak masing2. Selalunya saya letak chicken breast yang dah dipotong halus, udang, combo steamboat, tauhu kering, cendawan, telur dan sayur.
DSC_0639
 http://www.jurnalnutrisi.com

1 ulasan:

  1. emmm sedapnya.. terliur pulak tgk resepi ni. thank you for sharing~! ^^

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...