Kerja Kuat Mengutuk
Orang yang kerja camni memang hari-hari dok kutuk pekerja lain macam semua orang tidak tahu buat kerja, serba-serbi tidak kena. Orang macam ini yang selalu berdamping dengan bos sebab dia nak tahu prestasi para pekerja tapi dia tidak tahu yang kat belakang dia pun dok kena kutuk kaw-kaw punya. Padan muka boss..
Kerja Kuat Membodek
Setakat bodek ala kadar senyum tawar mana la nak berjaya. Buat aa pun kena buat bersungguh-sungguh baru ler tercapai cita-cita. Kalau orang cium tangan korang cium kaki.. Kalau orang hulur bantuan korang hulur dengan rasuah serta duit kopi sekali.. Ada berani??
Kerja Bijak Mencuri
Korang kalau mencuri tanpa pakai otak orang pandang rendah tapi kalau korang mencuri secara kreatif, innovatif serta komprehensif maka anda akan disanjung tinggi.. Kalau kena masuk mahkamah pun keas ditutup sebab tidak cukup bukti dan korang dianggap tidak bersalah.. Tapi tunggu la kat akhirat kelak..
Kerja Bijak Menipu
Tidak guna belajar tinggi-tinggi kalau ilmu itu digunakan untuk menipu.. Kalau bodoh orang tidak akan tertipu, sebab bijak sangat ler ramai yang tipah tertipu.. Kena pulak zaman sibertron ini, lagi senang hidup orang-orang bijak pandai ini..
Kerja Kuat Buat-Buat
Kerja kuat tidak guna juga kalau bos tidak nampak, sebaliknya kalau bos korang nampak korang asyik kerja kuat sepanjang masa walaupun entah hapekejadahnya yang korang buat pun dia tidak tahu maka korang akan mendapat ganjarannya.. Ini Baru dikatakan bijak, bijak menipuu..
Jadi buatlah kerja bersungguh-sungguh serta berdedikasi.. jangan terlalu mementingkan diri sendiri serta untuk mendapatkan keuntungan sahaja.. tahu la korang mengaji tinggi tetapi jangan menipu di dalam bisnes serta apa-apa kerjaya sekali pon.. sebab sekali korang menipu, jikalau kantoi.. orang tidak percaya sudah!
http://www.shakroil.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan