Tahukah anda, terdapat juga beberapa misteri melibatkan pesawat lain
yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini? Berikut adalah
antara pesawat yang telah hilang secara misteri dan menjadi tanda tanya hingga kini.
1. Mac 2014: Malaysian Airlines MH370
2. 2003: American Airlines N844AA
Pesawat ini telah dicuri oleh 3 orang lelaki daripada Lapangan Terbang
Antarabangsa Quatro de Fevereiro di Angola. Pihak FBI dan CIA giat
mencari pesawat ini tetapi sehingga kini masih tidak dapat ditemui.
1947: British South American Airways Star Dust
Pada 2 Ogos 1947, pesawat ini terhempas di Banjaran Andes, Amerika
Selatan ketika dalam perjalanannya ke Chile. Operasi mencari pesawat
tersebut gagal dan nasibnya kekal secara misteri untuk 50 tahun. Pada
tahun 90-han, serpihan Star Dust mula timbul di dalam glasier ais. Mesej
terakhirnya di kod Mors ialah STENDEC yang maknanya masih tidak
diketahui sehingga ke hari ini.
3. 1962: Flying Tiger Line 739
Flying Tiger Line 730 merupakan kapal terbang tentera Amerika Syarikat
(AS) yang telah lenyap tanpa memberi panggilan kecemasan. Pesawat
tersebut membawa 93 anggota askar AS dan 3 anggota askar dari selatan
Vietnam. Mereka dalam perjalanan dari California, AS ke Saigon,Vietnam.
Teori konspirasi yang dicadangkan adalah sabotaj.
4. 1978: Frederick Valentich yang terserempak kapal UFO
Frederick Valentich yang berumur 20 tahun dari Australia telah hilang
semasa di satu latihan penerbangan pada 21 Oktober 1978. Pesanan
terakhirnya adalah terdapat satu kapal UFO yang sedang terbang di atas
pesawatnya. Teori kehilangannya termasuk kes bunuh diri ataupun serangan
kapal UFO yang asli.
5. 1945: Pesawat tentera AS 19
Pesawat tentera AS 19 adalah sepasukan 5 pesawat pengebom-pengebom
torpedo yang hilang di lautan Bermuda Triangle secara bermisteri pada 5
Disember 1945. Kehilangan 5 pesawat ini kemudiannya telah membawa ke
lagenda Bermuda Triangle. Teori yang lain adalah kesemua pesawat itu
kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan.
tao tau ajer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan