Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah. Marilah berselawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini bertolak ke pahang kerana
ada kerja yang perlu di selesai. Pagi-pagi dah keluar rumah sebab takut
terlewat. Perut laparlah pula, jadi pergilqh makan di tbs.
Sebelah meja
sepasang mat saleh sedang makan. Pelik juga, mat saleh duk pandang je
aku makan. Rasa janggal pun ada, aku ada buat salah ke?
Tetiba-tiba...
Mat saleh :Hai mate, sorry im jack , can i ask you one question?
Acik : hai, im acik, of course, my pleasure..
Jack : Why you eat using hand ? more specific right hand ? is not dirt ?
okey acik jawab dalam english tapi acik translate dalam bahasa melayu untuk pembaca acik.
Acik: oh pastinya sudah
menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua perbuatan
dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya.
Ibn
Umar meriwayatkan bahawa junjungan besar, Nabi Muhammad SAW bersabda
yang bermaksud: “Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan
tangan kanan, dan apabila
hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan
tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Riwayat Sahih Muslim)
Ianya
mengikut sunnah prophet Muhammad Apabila makan dengan tangan kita ini
katanya mengaktifkan otak di belah kanan secara praktikalnya. secara tak
langsung kita juga bersikap positif dalam pemikiran dan kelakuan.
Kotor makan
guna tangan ? tidaklah malah sebelum makan cuci tangan dengan bersih.
Guna tangan kita rasa nikmatnya makanan tersebut. Kita lebih selesa,
yakin dan tenang untuk makan. Lagi-lagi makan ayam goreng susah untuk
makan. Guna tangan senang.
Ada juga para
ilmuan kata di tangan kita ini ada enzym yang boleh menyembuh penyakit.
Jadi gunakan tangan ianya memberikan kebaikan kepada kita.
Jack : ohh i see, but why not people use hand when feed, even they know benefits ?
Acik : ianya
bergantung pada individu, kalau guna sudu dan garpu pun tak salah. Tapi
kita kalau tak berhati-hati makan guna sudu dan garfu yang kotor dan
berkarat ianya juga berbahaya.
Hahaha apabila
dengar apa yang acik cakap kedua mat saleh ini terus check sudu dan
garfu mereka. Dan meletakkan di sisi. Mereka terus guna makan guna
tangan.
Jack : it's more easier..
Yup, you right. Indahnya jika mengikut sunnah Rasullulah SAW. Mari kita amalkan dan sebarkan kepada rakan-rakan kita
http://www.akupenghibur.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan