Ahad, 11 Januari 2015

Bahan Seramik Tulang Khinzir dalam Penapis Air Yang Ramai Orang Islam Tidak Tahu

  
  Baca jika ianya perlu dijadikn panduan......

Berhati-hati Bahan Seramik Tulang dalam Penapis Air
Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air.


Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya. Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan Tulang Haiwan yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air.

Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi. Ia lebih Selamat & Suci.

Bagaimana nak mengenal bahan seramik dari tulang?Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut.Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. 

Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.
Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea. 

Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan Kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain....


Pesanan Jng mencari penapis yg hnya pentingkn bentuk luaran cantik shj tanpa tahu usul periksa bhgian dlmn Sharing is caring..

Read more: http://hmetroo.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...