Isnin, 19 Januari 2015

Resepisdap dan mudah - BISKUT TIRAMISU

BISKUT TIRAMISU
 
Bahan-Bahannya:
1 peket biskut - dari apa-apa jenis (saya guna biskut cream creakers)
1 tin susu cair - saya guna susu full cream Dutch Lady
1/2 tin susu pekat - saya kurangkan sebab tak suka manis sangat
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam 
Serbuk milo
 
 
Cara-caranya:

  • Satukan susu cair, susu pekat, tepungkastard, air dan garam ke dalam periuk.
  • Menggunakan api yang perlahan, masak dan kacau campuran kastard hingga adunan menjadi likat.
  • Tutup api.


  •  Susun biskut dalam bekas/ loyang.
  • Masukkan adunan kastard supaya menutupi lapisan biskut dan ratakan. Taburkan serbuk milo.

  • Susun lagi lapisan biskut di atas lapisan kastard tadi. Lapiskan lagi dengan adunan kastard dan taburkan milo. Ulang langkah ini hingga habis.
  • Lapisan atas sekali, lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan taburan serbuk milonya.


  •  Simpan biskut tiramisu ini di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
  • Hidangkan.
 
resepicikguani.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...