Khamis, 15 Januari 2015

Tengah Tunggu Jodoh Sampai

Aduhai hati.

Apa benar jodoh tu takkan muncul andai diri kita tak berusaha untuk mencarinya?

Soalan tu mula muncul di benakku bilamana aku terbaca satu artikel yang mengatakan 'Jodoh Takkan Datang Tanpa Dicari'. Apa benarkah begitu wahai saudara/iku sekalian? Aku bertanya kerana aku tak kisah sangat tentang jodoh. Jodoh pertemuan semuanya ALLAH telah tentukan sejak azali lagi. Apa yang ALLAH tentukan adalah yang terbaik.

Aku merasa senang dengan keadaan diri aku sekarang. Walaupun tak ada 'Teman Istimewalah Sangat' aku tetap bahagia berada di samping keluarga aku yang tersayang. Tapi jangan buat sangkaan yang pelik-pelik. Bukan aku taknak ber'couple' atau penyataan yang sama padan dengannya. Kalau aku kata 'taknak' memang bohong besarlah (seronok tu weii!). Nafsu aku memang kata nak sangat-sangat. Tapi aku simpan nafsu untuk tu dalam bekas tertutup dulu (siap mangga lagi). Tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk dilepaskan. Kalau lepas sekarang, memang payah la nak kawal. Aku bukannya baik sangat pun.








Cakap tentang kawin pulak.

Takkan kau taknak kawin? Dah kawin? Bila nak kawin ni? Soalan tu sentiasa aku biarkan tanpa jawapan. Malas aku nak jawab. Kalau bagi anak gadis, kakak atau adik perempuan dia kawin dengan aku tak apa lah jugak. Bila-bila masa pun boleh.

Kesimpulannya.

Soal jodoh ni aku serahkan sepenuhnya pada ALLAH SWT. Andai jodoh yang ditentukan berada di hujung-hujung dunia sana. InsyaALLAH. Suatu hari nanti kami pasti akan bertemu jugak. Sementara menunggu jodoh tu kunjung tiba. Aku nak perbaiki diri yang serba serbi tak betul lagi ni.
Nak bimbing isteri bukan macam bimbing beg. Beg ringan je. Kalau beg tu berat sangat boleh suruh orang lain pikulkan. Tanggungjawab sebagai suami/ketua keluarga. Boleh suruh orang lain pikul? Jadi, tanggungjawab tu kena pikul betul-betul.  Kalau tak jalankan tanggungjawab dengan betul. Menjawab lah kita kat akhirat nanti.




p/s : kalau boleh, sekarang jugak aku nak kawin. Mas kawin tu mahal sangat. Bagi lah diskaun sikit. Hehe. Kalau wanita tu macam yang UAI cakap kat atas tu berbaloi la jugak kalau mas kawinnya mahal.
http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...