Selasa, 6 Januari 2015

Resepi Mudah Sayur Asem JAWA

  

Sayur asem Jawa ini lebih kurang macam asam rebus sayur....masam dan berkuah. Pilihan sayur bergantung kepada kegemaran masing-masing...ada yang letakkan nangka muda, belinjo dan labu air. Saya menggunakan bahan yang mudah dapat dan untuk menjadikan ianya lebih masam saya blend tomato hijau dan kurangkan asam keping..rasanya lebih fresh.

Sayur asem ini sedap dihidangkan bersama nasi panas.
 
 

  

 

Ingredients
  For The soup
  • 2 tongkol jagong rebus dipotong 3
  • 200 g bunga kobis dipotong ikut bunga
  • 1/2 betik muda dihiris menyerong
  • 5 kacang panang dipotong 2" panjang
  • sedikit daun selada
  • garam dan perasa ecukup rasa
  • 1/ 2 liter air
  • 1 keping asam gelugor
  • 2" lengkuas dititik
For Blending
  • 2 biji tomato hijau
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 bawang besar 
Blend semua bahan sehingga halus

 Instructions
  1. Masukkan air, bahan  blend , lengkuas dan asam keping ke dalam periuk  dan renehkan
  2. Masukkan betik muda dan bunga kobis..biar seketika sehingga agak empuk edikit
  3. Masukkan garam lada sulah dan perasa
  4. Akhir sekali maukkan kacang panjang dan selada
  5. Padamkan api dan angkat.
Nota : Pilihan sayuran bergantung kepada selera masing-masing. Jika suka pedas boleh blend 2 biji cili merah bersama bahan blend.
 patyskitchen.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...