Selasa, 13 Januari 2015

Kisah Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan


Dugaan anak istimewa, Ainaa Amanda di hari pertama persekolahan
AMANDA: Nanti tuhan bagi awak tak ada hidung, tak ada kaki, tak ada tangan... - Gambar Facebook 
 
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan tahun ini yang bermula pada Ahad dan semalam menggambarkan keseronokan murid darjah satu di seluruh negara.

Walaupun ada sekolah yang ditangguhkan akibat banjir, namun rata-rata pelajar darjah satu tetap memulakan hari pertama di sekolah dengan ceria.

Namun satu video yang 'viral' di media sosial kini menggambarkan sebaliknya.
 
 
 

Video berdurasi 3 minit 23 saat menunjukkan keletah pelajar darjah satu yang dilahirkan tanpa telapak tangan sejak lahir, Ainaa Amanda Shahzali di dalam kereta selepas hari pertama di persekolahan.

Amanda yang memulakan pembelajaran darjah satu di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh Tobiar Pendang Kedah, dilihat begitu gembira walaupun mengakui ada pelajar yang mengganggunya di dalam kelas.

Menurut ibunya yang menggunakan nama Facebook, Abby Hassan, anaknya merupakan anugerah tuhan selepas 11 tahun melangsungkan perkahwinan.

"Dugaan dari Allah...setelah 11 tahun berkahwin Abby tidak dikurniakan cahaya mata. Pelbagai cara berubat Abby lalui. Setelah begitu pasrah Abby tak berubat apa apa lg..

"2008 abby dlm persiapan nak ke Mekah. Jadi abby ke klinik di USJ utk buat suntikan sebelum ke Mekah sbg memenuhi syarat yg ditetapkan. Ketika itu doktor tak tanya apa apa...just suntik.

"Then ..seminggu mau ke Mekah', haid abby tak datang. Abby risau kalau nnt dtg masa di Mekah. So abby ke Klinik yg sama utk dapatkan ubat bg datang haid.

"Waktu tu doktor kata sebelum bg ubat dia kena check air kencing. Abby ckp pd doktor ..tak mgkin mengandung.sbb abby dah11 tahun kawin x dapat anak. Tp doktor suruh juga buat check air kencing.
"Then..masya allah. Doktor bersalam ngan abby. Katanya abby positif mengandung. Terkejut abby. Sujud syukur Abby Hassan waktu sebaik tiba dirumah
," kata Abby di dalam catatan terbaharunya di laman Facebook.


Gelagat Amanda pada hari pertama persekolahan - Gambar Facebook Ainaa Amanda Shahzali

Sementara itu, catatan terbaharu di laman Facebook Ainaa Amanda Shahzali memaklumkan ada syarikat yang mahu menyumbangkan sarung tangan kepada Amanda.

"Sesungguhnya disebalik kekurangan ada kelebihan Allah nak bg. Syukur...ada insan2 perihatin nak bg set sarung tangan secara percuma kepada Amanda.

"Ya rabbi... kepadaMu ku panjatkan rasa syukur ini....,
" jelas laman itu.
Read more at: http://www.astroawani.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...