Jumaat, 16 Januari 2015

Ketabahan Hati Seorang Isteri Solehah

Menjadi se-solehah yang mungkin adalah satu impian dan keazaman yang pasti dan pastinya akan ada pada diri setiap orang wanita yang mendambakan keredhaan suami dan Allah SWT. Baginya, suami adalah segala-galanya. Suami adalah raja, ketua, pemimpin dan imam baginya. Namun, dek kerana kelemahan diri sebagai seorang insan yang lemah membuatkan dirinya seringkali tersalah tingkah. Maka, tanda maaf dan keampunan adalah suatu kebiasaan baginya. 
Suami seharusnya menjadi pendorong dan pemangkin semangat bagi mereka. Jangan patahkan semangat mereka dalam menjadi yang terbaik. Isteri merupakan amanah yang perlu dipikul sebaiknya. Bersama-sama dalam melengkapi. 
 
Muslimshows,cartoon,comics,family,wife,husband
Muslimshows,cartoon,comics,family,wife,husband

Kelemahan serta kesilapan yang ada tidak akan tampak kelihatan seandainya kedua-dua belah pihak saling bekerjasama dalam menampal dan memperbaikinya. Kesabaran merupakan kuncinya. 

Apa agaknya reaksi yang akan ditunjukkan jika perlakuan di atas terjadi pada diri sendiri?

Mengamuk atau.......

http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...