1. Mulakan dengan niat.
Untuk
bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan
dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai
contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari
stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu
atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda
lakukan.
2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.
Elak
dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau
ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin
projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot
kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan
menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada
ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan
kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau
memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.
3. Kawal emosi.
Cara
untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi
bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika
menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang
ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika
bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan
mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina
ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi
dengan mengamalkan sikap bersabar.
4. Pernafasan.
Pernafasan
terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika
jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3
saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik
nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3
saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal.
Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni
ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika
dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan
seseorang.
5. Sembahyang.
Sembahyang
dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran
dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan
dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling
baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.
6. Elak berpeluk tubuh.
Ketika
sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF.
Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika
menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang
bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa
tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua
tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti
mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat
kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan
kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan
di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat
Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.
7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.
Dekatkan
diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka
marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain
tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang
yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada
getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di
mukanya.
8. LET GO.
Ini
adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran.
Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan
hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk
seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa
tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir.
Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda
akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat
suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda
tertekan.
Ketenangan
membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk
mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.
Jiwa yang tenang adalah jiwa yang dengan dengan alam kemudian akan jadi dekat dengan pencipta alam, iaitu Tuhan.
detikislam.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan