Ahad, 4 Januari 2015

MIG 31 Foxhound : Pesawat Pejuang Terpantas Dunia

Zoom!

Mikoyan Gureivich MiG 31 Foxhound ialah pesawat pejuang terpantas yang pernah beroperasi di dunia. Ia mula beroperasi pada tahun 1981 dan adalah pembaharuan daripada MiG 25 Foxbat. Kedua-dua pesawat ini direka sebagai pesawat pemintas bagi memusnahkan armada pesawat pengebom supersonik yang cuba memasuki ruang udara Soviet Union. Ia memegang rekod sebagai pesawat pejuang jet terpantas dengan kelajuan maksimum Mach 3.2 (3920 Kilometer sejam). Sungguhpun begiti kelajuan pesawat dihadkan kepada Mach 2.8 (3430 Kilometer sejam) bagi memastikan jangkahayat enjin yang lebih lama. Lebih dari 500 pesawat ini dihasilkan sehingga 1994. Majoritinya beroperasi di pengkalan udara di sempadan Russia. Selepas kejatuhan Soviet Union, banyak pesawat ini dihentikan dari beroperasi kerana kos baik pulih tinggi. Kelajuan yang tinggi memerlukan enjin dan badan pesawat yang sentiasa perlu dijaga. Hanya Russia dan Kazakhstan masih menggunakan pesawat ini. Russia bercadang menggunakan Foxhound sehingga 2020 sebelum digantikan dengan pesawat pejuang Russia generasi terkini. 









Sumber Wikipedia  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...