Ahad, 11 Januari 2015

Resepi Mee Kari Sedap

Mee Kari Sedap 
Resepi Mee Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang menariknya tentang mee kari. Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi. Jom layan.
Ditulis oleh :
 
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
  • 300 gram udang, buang kulit
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keleder merah, rebus dan lecek halus
Bahan rempah tumis:
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan kisar halus
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.
Bahan untuk hiasan:
  • 4 biji telur rebus, potong dua
  • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
  • bawang goreng
  • limau kasturi, potong dua
  • taugeh
  • daun bawang
  • cili merah
  • tauhu kering goreng
  • *saya rebus udang berkulit dan letak sebagai hiasan istimewa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Tips: Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
 i-resepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...