Rabu, 28 Januari 2015

Resepi Baru Tomato Sumbat Keju



Tomato sumbat keju?...macam pelikkan....tapi itu lah hakikatnya resipi dari "kak hani" atau lebih famous dgn nick Ringo....




Bahan-bahannya:-

3 biji tomato saiz sederhana besar (12 biji kalau guna tomato ceri)
1/4 cawan cincangan bawang besar
1/4 cawan cincangan bell pepper
1/4 cawan cincangan lobak merah
1 hiris ikan salmon (boleh guna udang, ayam atau daging), didadu
1/4 ketul keju mozarella, didadu
1 camca besar minyak zaitun
Garam dan lada sulah

Cara membuatnya:-
1- Cuci tomato dan lap kering, potong bahagian atas tomato dan korek isi nya keluar, berhati2 supaya tak pecah. Kemudian terbalikkan tomato dan biar kering seketika.

2- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis lobak dan bawang, bila layu masukkan bell pepper, kacau dan masukkan ikan salmon dan perasakan dgn garam dan lada sulah. Angkat dan sejukkan.

3- Sumbat no.2 ke dalam tomato tadi dan tabur keju mozarella di atas setiap tomato. Bubuh dalam bekas yg telah disapu dgn sedikit minyak zaitun dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 200C, selama 10 minit.
 http://scaniaz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...