Rabu, 14 Oktober 2015

Pasangan Muda Kongsi Tips Mudahnya Perkahwinan Tanpa Perlu Bajet Besar


Gambar diatas sewaktu majlis nikah saya pada 10hb.m, sabtu yang lepas. Saya nak share kisah perkahwinan saya yang simple ni.

Tiada pelamin, tiada sewa baju pengantin yang grand, tiada karaoke, tiada kompang, tiada lagu-lagu berkumandang dan tiada kos yang besar. Alhamdulillah kami bernikah dengan bajet yang sangat kecil. Semuanya dipermudahkan.




Saya hanyalah seorang pemuda yang masih tiada pekerjaan tetap dan isteri saya hanyalah seorang kerani swasta. Pendapatan kami kecil. Tapi apabila kami rancang untuk bernikah secara sederhana, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.

Setiap kekurangan samada duit ataupun hal berkaitan perkahwinan kami, pasti akan selesai dengan bantuan dari Allah. Sememangnya jika kita niat untuk buat perkara yang baik, Allah akan permudahkannya. Jadi bagi diluar sana yang takut untuk kahwin, minta pasangan korang 'open minded' sikit.

Cuba berfikir di kuar kotak. Kenduri kecil tak beri efek apa-apa pada pandangan orang, bahkan ia lebih baik disisi yang maha kuasa. Sekian .

Amirul Asnawi & Nurshuhada Sobri.10/10/2015
 http://www.ohmedia.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...