Selasa, 6 Oktober 2015

Kelebihan Orang Yang Bersyukur Dari Perspektif Islam

Terdapat banyak kelebihan apabila orang bersyukur. Bersyukur atau rasa terima kasih perasaan atau sikap positif menghargai faedah atau nikmat yang telah atau akan diterima. Rasa bersyukur seringkali ditumpukan dalam banyak agama. Islam contohnya, menekankan rasa berterima kasih kepada Allah S.W.T. ke atas segala nikmat yang dikurniakannya.

tadah tangan berdoa
Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
 
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam dikehendaki beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
  2. Harta kekayaan yang dikurniakan Allah hendaklah dibelanjakan kepada perkara kebajikan sahaja.
SUMBER : JAKIM /http://tokeinfo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...