Ilmu yang bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang lain dan selagi mana ia disebarkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seseorang manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekahyang pahalanya selalu mengalir (sedekah jariah), ilmu yang bermanfaat serta anak soleh yang sentiasa mendoakan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ilmu Yang Bermanfaat
Lihat Adab Menuntut Ilmu Dalam Islam Lihat juga Galeri 100 Kata Mutiara Islam Tentang Ilmu
Bagaimana menjadikan ilmu yang kita perolehi itu sebagai ilmu yang bermanfaat. Berapa ramai agaknya manusia yang mampu jatuh cinta dengan ilmu. Berapa ramai agaknya yang tahu dan sedar bahawa ilmu itu jauh lebih menguntungkan berbanding harta melimpah ruah.
Ilmu itu mutiara. Sebagaimana mutiara tidak dimuntahkan timbul oleh laut, maka ilmu juga sama. Untuk mendapatkan mutiara perlu diselami lautan, dikutip tiram dan dicari mutiaranya. Begitu juga dengan ilmu, ia perlu didapatkan dengan bersusah payah.
Jika begitu sekali susah hendak mendapatkan ilmu, mengapa masih ramai yang bergelumang dengan ilmu? Jawabnya kerana ilmu itu suatu keperlan bukan sekadar kehendak. Apatah lagi jika ianya ilmu yang bermanfaat.
Tanamkan dalam diri kita bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas semua manusia. Barulah kita akan membudayakan ilmu sepanjang hayat, bukan lagi bermusim. Ayuh kita semua mencari ilmu yang bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Cuba lihat adab menuntut ilmu yang telah digariskan oleh agama Islam.
1. Betulkan niat hanya kerana Allah, bukan kerana harta, dunia, pekerjaan, pangkat atau ingin bermegah-megah.
2. Mengambi wuduk sebelum memulakan pelajaran.
3. Berdoa kepada Allah agar diberikan kefahaman.
4. Bersungguh-sungguh.
5. Bersabar ketika berada dalam majlis ilmu.
6. Menghormati guru dan tidak menyinggung perasaannya.
7. Memberikan penghormatan kepada buku dengan tidak meletakkannya merata-rata, tidak memijak, melangkah atau duduk di atasnya.
8. Bertanya jika ada perkara yang kurang difahami.
Itulah antara adab menuntut ilmu yang telah digariskan oleh Islam. Semoga kita semua berjaya mendapat ilmu yang bermanfaat, In Shaa Allah.
http://www.cikguazli.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan