Ahad, 11 Oktober 2015

Kisah Inspirasi Anak Pemandu Lori Sampah Ini Bakal Meruntunkan Hati Anda


Ini kisah inspirasi dari seorang pemuda Thailand bernama Klanarong Srisakul. Pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajian tingginya di Universiti Chulalongkor, Thailand. Srisakul menulis kisah ini pada halaman Facebook peribadinya.

Waktu dulu, Klanarong amat merasa malu dengan pekerjaan ayahnya yang merupakan seorang pemandu lori sampah.

“Ketika saya masih  kecil, saya malu tengok ayah saya. Saya berfikir kenapa  ayah saya tidak mengenakan pakaian seragam kemas seperti bapa sahabat saya yang menjadi polis, tentera dan lain-lain” tulis Klanarong.
Pekerjaan  ayahnya hanyalah sebagai pemandu lori sampah. Setiap hari bapanya akan bergelumang dengan sisa-sisa bahan makanan dan sisa buangan dari rumah. Bau busuk dan pakaian yang kotor menjadi sahabat karib bapanya.




Seiringan dengan waktu, akhirnya Klanarong sedar selepas si ayah menceritakan tentang perjalanan hidupnya. Dari kisah ayahnya itu, Klanarong mendapat tahu bahawa ayahnya  berhenti sekolah ketika berada di darjah  4.


“Ayah saya memberitahu bahawa mimpinya adalah untuk melihat anaknya mendapat pendidikan yang sempurna,” tambah Klanarong.

Impian itulah yang membuat hati Klanarong hancur dan luluh. Dia kemudiannya bekerja keras untuk mengejar cita-citanya menjadi tentera namun permohonannya gagal.

“Saya fikir ayah saya tidak menangis, tapi kemudian saya dapat tahu dia menyembunyikan tangisannya dari saya.”

Klanarong sangat sedih melihat perjuangan si ayah yang tidak pernah berkesudahan untuk dirinya.

Ketika  pengumuman keputusan kemasukan ke universiti, ayahnya sanggup mengambil cuti untuk menemani anaknya mendapatkan borang kemasukan ke universiti.

“Ayah saya menitiskan air matanya. Ini saat yang membanggakan untuk keluarga kecil kami,” tambah Klanarong.

Perjuangan dan pengorbanan si ayah ternyata menyedarkan Klanarong. Dia menyesal kerana memandang hina pekerjaan ayahnya itu. Kini, Klanarong telah menamatkan pengajian dari  universiti paling tersohor di Negeri Gajah Putih itu.

“Sekarang, saya ingin berterima kasih kepada ayah  untuk semua bantuannya. Terima kasih untuk lelah, airmata, dan waktu suka serta duka.”

Klanarong bersujud di bawah kaki si ayah disaksikan sebuah lori trak sampah yang dahulu membuatnya rasa malu. “Sekarang, saya ingin ayah bahagiakan ayah dengan kejayaan yang saya milik ini.  Ayah adalah yang terbaik dan juara buat saya. Saya bangga dengan ayah,” tulis Klanarong.

Banyak pengguna Facebook yang merasa terharu dengan kisah Klanarong ini.

“Kisah ini membuat saya menjadi bersemangat dan  ingin menjadi seperti ini di masa akan datang,” demikian tulis pengguna Facebook, Ali Moh. Selain itu, banyak juga netizen yang tersentuh “Saya hampir menangis, terima kasih atas perkongsian anda,” tulis Suchon Sungthong.
 http://sajakongsi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...