Isnin, 12 Oktober 2015

Bangun Dari Putus Cinta

PERPISAHAN yang terjadi dengan kekasih pujaan hati memang bukanlah perkara mudah. Perasaan cinta dan keinginan untuk kembali masih terus membayangi.

Broken-Heart-82438
Sememangnya putus cinta bagi sesetengah orang boleh mematahkan semangat hidup sementara waktu dan hilangnya keyakinan juga kepercayaan dalam diri .Ya, rasa pedih dan kecewa kerana putus cinta memang memeritkan.Untuk kembali bangkit dan pulih semula,tentunya memerlukan masa transisi yang agak lama.Sebagai panduan agar anda merasa lebih baik dan cepat pulih dari masa-masa suram tersebut,berikut ada tips ringkas yang dapat memberikan penyelesaian.



Berdamai dengan rasa kecewa
Hal ini memang sukar dilakukan pada peringkat awal kekecewaan kerana bagi siapapun masa putus cinta adalah masa yang teramat sukar untuk dilalui dengan cepat.Namun,daripada anda menangis dalam kesedihan, berdamai dengan rasa kecewa itu dan mencari sisi positif dari apa yang terjadi adalah jalan yang terbaik.Ingatlah bahawa setelah kecewa,pasti ada bahagia di depan sana menanti.

Jika anda menuruti saja rasa kecewa yang dirasakan,ia akan membuatkan anda semakin sukar untuk kembali bangkit. Berikan waktu khusus untuk keluar dari rasa kecewa tersebut.Luangkan satu atau setengah jam bagi diri sendiri bertenang dan merenungi tentang apa yang telah terjadi.Mula-mulanya, mungkin amat sukar dilalui.Tetapi, setelah beberapa minggu,anda tentu akan menemui fikiran dan semangat baru dalam menghadapi dan melalui kekecewaan yang dialami tersebut.

Gunakan sebagai pelajaran berharga
Seteruk apapun kekecewaan yang anda alami,pasti ada pelajaran berharga di sebaliknya.Anda dapat menggunakan segala hal tersebut dan menjadikannya pedoman untuk melangkah lebih baik lagi di masa akan datang.Daripada anda menyiksa diri sendiri,cara terbaik adalah tetap meneruskan rutin hidup anda, bergaul dengan teman- teman terdekat, dan menerima keadaan tersebut dengan ikhlas serta memaafkan bekas kekasih anda.
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...