Selasa, 6 Oktober 2015

Syukur selalu.... ‪#‎MotivasiDiri‬

Syukur selalu....
‪#‎MotivasiDiri‬:
Ada ketika, perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.
Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita.
Ada ketika, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.
Ada ketika, orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka.
Ada ketika, kita rasa letih di atas semua ini.
Tapi..
Suatu ketika, pasti semua ini ada jawapannya selagi memilih untuk bersabar.
Kebaikan Bersabar:
1. Allah bersama dengan orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: Ayat 153)
2. Allah kasih terhadap orang yang sabar. (Surah Ali-Imran: ayat 146)
3. Allah berikan berita gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah: Ayat 157)
4. Dijamin pembalasan terhadap amalan yang baik. (Surah al-Nahl: Ayat 96)
5. Mendapat pahala dengan tidak terkira. (Surah Az-Zumar: Ayat 10)
*Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang.. bertabahlah... Sabar itu kan sebahagian daripada iman... Semoga pengorbanan kita ada nilainya disisi Allah s.w.t.. In syaa Allah..
ustazharidrus.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...