Khamis, 29 Oktober 2015

Benarkah Kasih Sayang Yang Kuat dan kukuh Mampu Membuat Seseorang Akan Berubah Selepas Berkahwin?

akan berubah kerana cinta
Sejauh manakah anda yajin dia akan berubah selepas berkahwin? Sila fikir sekali lagi..
Before you say yes, get him angry.
See him scared. See him wanting, see him sick. Stress change a person. Discover his addictions. See if he puts you in front of them.
You can’t change people, baby girl.
If the are made one way, it doesn’t just wear off. If you hate how he acts when he’s out of it now, you’re going to hate it much worse eight years down the road.
You might love him to bits but it doesn’t change that some people just don’t fit.”

Cinta, kasih sayang yang kuat dan kukuh mampu mengubah si dia untuk jadi seseorang yang lebih baik.
Sejauh mana kebenarannya?






Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Dah lama kami bersama. Aku kena bersabar dengan semua sikap dia. Satu hari nanti mungkin dia akan berubah.

Mungkin?

Bermakna perkara itu belum pasti.

Belum pasti dia akan berubah menjadi lebih baik.

Mungkin  akan berubah dan mungkin juga tidak akan berubah langsung. Masih sama seperti sedia kala.

Kita sering kali tersilap perhitungan.

Sejak dari dulu lagi kita terlalu percaya cinta dan kasih sayang pada si dia akan mampu merubah segalanya.
Hebat sangatkah cinta dan kasih sayang kita itu?

Lupakah kita juga hanya seorang hamba?

Hati terlalu lembut terutamanya perempuan.

Dilukakan berkali-kali tapi masih bertahan. Setiap saat dan ketika setiasa ada pengharapan agar sikap dan perangai si dia akan berubah.

Duduk sebentar.

Ambil masa.

Tenangkan fikiran dan berfikir secara waras. Guna akal dan minda. Jangan libatkan hati dan perasaan.
Letak sebentar ke tepi semua perasaan sayang dan cinta buat si dia.

Pejamkan mata dan mula berfikir.

Fikirkan untuk diri sendiri buat kali ini sebab tanpa sedar kita dah lama abaikan perasaan diri sendiri.
Selama ini, saat dia bersama kita, dia hanya memandang remeh soal solat.

Ada yang solat sekali sehari, ada yang hanya solat di hari Jumaat dan ada juga yang langsung tidak menunaikan solat.

Kita tahu perkara itu. Bukannya satu rahsia.

Kita atas dasar perasaan sayang dan cinta, atas dasar inginkan dia menjadi imam kepada kita satu hari nanti tanpa henti memberikan nasihat agar dia berubah.

Namun segalanya masih kekal sama.

Terdetik di hati untuk terus bersabar. Terlalu yakin dia akan berubah satu masa nanti.

Ya, manusia boleh berubah. Tak dinafikan.
  • Tapi kebarangkaliannya hanya berapa?
  • Kamu yakin dia akan berubah selepas berkahwin dengan kamu?
  • Kamu yakin kasih sayang dan cinta kamu benar-benar mampu merubah dia?

Jika ibu bapanya sendiri tak mampu untuk mengubah dia, tinggi benarkah martabat dan kedudukan kita dalam hatinya hingga kita rasa dia akan berubah demi kita?

Andai benar dia sayangkan kita dengan ikhlas, sudah sekian lama dia akan cuba untuk mengubah diri dia sendiri untuk jadi lebih baik.

Bagaimana nak jadi pemimpin keluarga andai diri sendiri masih terkontang-kanting tiada pegangan hidup?
Bercinta cukup handal. Mulut manis berbicara. Ayat semanis gula.

Tapi bila diminta membaca kalam Allah, tergagap-gapap hilang bicara. Disuruh azan, berpeluh satu badan gementar kerana tidak mampu.

Untuk menjadi imam solat memang jauh sekali. Ilmu agama cetek. Kosong.

Tanya diri, benarkan  ini yang kita mahukan sebagai seorang suami, seorang ketua keluarga yang mengabaikan kewajipan dia pada Allah?

Bayangkah adakah kita mahu menaiki kapal yang mana pengemudinya langsung tidak tahu apa-apa?
Selamatkah kita di sepanjang perjalanan itu?
Nak bahagia, cari orang yang solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga cinta awak. Cari orang yang jaga solat. Kalau dia tak boleh jaga solat, jangan harap dia boleh jaga janji dan tanggungjawab dia. Unknown

Duduk dan fikirkan lagi. Demi diri sendiri.

Dia panas baran. Bila dia marah, bila dia tercabar, seringkali dia menjerit. Meninggikan suara.

Tanpa segan silu menghamburkan kata-kata kesat. Tanpa sedikit pun rasa bersalah terdetik di hati.

Dan yang lebih teruk lagi apabila dia seorang yang jenis naik tangan. Belum ada apa-apa ikatan tapi sudah berani menyakitkan tubuh badan kita.

Ditampar, diterajang ibarat kita tiada perasaan. Ibarat objek untuk dia melepaskan amarah.
Memang benar, dia katakan kita adalah kesayangannya. Cinta hati.

Tapi setiap kali dia tidak mampu mengawal perasaannya, kita adalah tempat dia hamburkan dan lepaskan segala perasaan itu.

Kita menangis. Terluka. Sakit hati. Sedih.

Tapi sebaik sahaja dia memohon maaf, memujuk rayu dengan janji manis, tanpa berfikir panjang kita maafkan dia. Hanya atas dasar sayang dan cinta di hati.

Tapi segalanya terus berulang.

Tanya hati benarkah dia yang kita mahukan untuk menjadi pelindung kepada kita?

Jangan tertipu dengan permainan syaitan. Jangan terpedaya dengan cinta dan kasih sayang kita pada dia.
Jika masih belum ada apa-apa ikatan yang sah dia sudah begitu berani untuk menyakitkan kita, dapat bayangkan apa akan berlaku selepas kta sah menjadi isteri?

Sanggupkah kita berhadapan dengan amarah dan sumpah seranahnya setiap hari? Sanggupkah kita menjadi objek untuk disepak terajang sepanjang hayat?

Saat bercinta, segalanya sanggup. Semuanya diiyakan. Dipukul, dimarah, dimaki, dihina segalanya sanggup ditelan mentah-mentah hanya kerana cinta dan sayang.

Tapi sampai bila? Belum tentu dia akan berubah. Jadi, kenapa begitu berani pertaruhkan kebahagiaan diri sendiri?
 Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah. Jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu maka, jauhilah dia.Kata luqman Al-Hakim kepada anaknya.

Buatlah pilihan yang terbaik sebelum terlambat.

Selagi masih ada masa yang tersisa.

Jangan pertaruhkan hidup dan kebahgiaan hanya kerana kasih sayang dan cinta pada seseorang yang belum pasti.

Jangan hambakan diri pada cinta.
Life go on.
Whether you choose to move on and take a chance in the unknown.
Or stay behind, locked in the past, thinking of what could’ve been.

Macam mana kita nak tahu dia jodoh yang baik?

“ Litaskunu ilaiha.“

Bila kita lihat dirinya, kita rasa tenang (:

Artikel ini adalah perkongsian yang dihantar ke Inbox kami oleh  penulis yang ingin dikenali sebagai CikDaa. Boleh lawati blognya disini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
 
Ya, membuat pertimbangan dalam memilih pasangan hidup sememangnya sukar. Tidak semua orang sempurna.

Namun kadang-kala ketidaksempurnaan itulah yang sentiasa membuatkan kita sengsara pada suatu hari nanti, jika kita tersalah pilih.
akuislam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...