Ahad, 18 Oktober 2015

Maksud Sebenar Berjihad Dalam Perspektif Islam

Maksud Sebenar Berjihad Dalam Perspektif Islam | Dalam Islam, erti kata Jihad (جهاد) ialah berjuang dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang berjihad digelar Mujahid.

Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia yaitu menegakkan Din (agama) Allah atau menjaga Din tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di bumi.

gambar jihad 


Hadith: 
Daripada  Aisyah RA  katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”
jihad
Huraian Hadith:
  1. Apabila sesebuah negara telah menjadi negara Islam, penduduknya tidak lagi wajib berhijrah ke negara lain.
  2. Berhijrah dari tempat atau negara yang tidak membolehkan seseorang melaksanakan perintah agama tetap wajib jika negara itu sebuah negara kafir.
  3. Orang beriman wajib bersedia untuk berjihad dan menyambut seruan jihad.
  4. Jihad dapat meneguhkan agama Allah.
SUMBER : JAKIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...