Ahad, 4 Oktober 2015

Petua Tradisional Penjagaan Rambut


Kelemumur boleh menyebabkan kepala anda gatal dan berasa tidak selesa. Cuba amalkan petua -petua tradisional di bawah ini:


KHASIAT NENAS MUDA

Ambil 2 biji nenas muda parutkan dan perah airnya. Lumurkan ke kepala air perahan ini dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu cuci seperti biasa. Petua tradisional ini memang lama di amalkan sejak dahulu kala.

LIMAU NIPIS PERAPI RAMBUT

Ambil 3 biji limau nipis dan dipotong nipis-nipis. Rendamkannya di dalam air panas selama 5 minit. Jadikan air limau ini sebagai bilasan setiap kali anda membasuh rambut.

Setelah di bilas basuh sekali lagi dengan air biasa. Amalkan sehingga kelemumur anda hilang. Lakukan sekali dalam seminggu. Bukan sahaja bertindak mencegah kelemumur
malah akan mewangi dan menghitamkan rambut. Insyaallah…




PANDAN PEWANGI RAMBUT

Tumbuk dan kisar sehingga lumat 10 helai daun pandan dan dicampur dengan segelas air.
Perahkan airnya beberapa minit dan bilas seperti biasa. Lakukan sebelah petang atau malam. Selain mewangikan rambut ia juga mampu mencegah uban


RAMUAN DAPUR

Ambil segelas santan kelapa, 1 inci kunyit hidup dan sedikit garam. Kunyit di tumbuk sehingga lumat bersama garam dan di campurkan ke dalam santan. Lumurkan ke seluruh kepala dan dibiarkan selama 15 minit. Kemudian syampu rambut seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.


DAUN BUNGA RAYA

Ambil beberapa helai daun bunga raya ramas di dalam air sehingga keluar lendirnya dan sapu ke kepala. Kemudian balut kepala anda menggunakan tuala dan dibiarkan selama setengah jam. Selepas itu cucilah seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.


MASALAH KUTU KEPALA

Lumurkan minyak tanah ke seluruh kepala dan balut dengan tuala bersih dan biarkan selama 10 atau 15 minit. Kemudian cuci seperti biasa. Lakukan 2 atau 3 hari berturut-turut.


MENGATASI RAMBUT BERUBAN

Ambil beberapa helai daun sekentut dan dijemur sehingga kering. Kemudian dibakar hingga menjadi abu, rendam dan tapiskan campuran tersebut dan dipupuk ke rambut. - petuo
 http://wwwberita-semasa.blogspot.my

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...