Isnin, 26 Oktober 2015

Mencari Energi Positif Dalam Kehidupan

Pondre_la_mort__sous_haute_ten_by_BenoitPaille
Setiap orang pernah merasakan suatu kekecewaan, kegagalan, dan kekecewaan. Kadangkala semuanya datang sekaligus, dan kita merasa dunia seperti runtuh.

Selepas itu pula kita melihat segala-galanya  dari sudut negatif. Segala sesuatunya kelihatan hancur berderai.
Sekarang cuba kita melihat dari sudut lain untuk bangkit kembali. Bertindaklah. Lakukan sesuatu yang positif. Walau itu mungkin hanya menyapu halaman, atau mengemaskini file-file lama dari komputer kita

Lakukan tindakan, di mana kita adalah penguasa hidup kita, dan anda akan merasa fokus secara positif.



Tindakan kecil yang dapat mengubah sikap anda secara ajaib.

Cubalah menolong seseorang. Lakukanlah sesuatu untuk orang lain. Cuba melayani orang lain. Semakin kecil orang itu, semakin baik.

Renung kembali keuntungan dalam hidup kita. Banyak hal baik dalam hidup anda, dan sering anda lupa bersyukur.

Hargai dan bersyukurlah atas tempat tinggal kita, atas kesihatan kita, atas keluarga kita, atas pengalaman hidup, atas sahabat anda,  pengetahuan kita,dan hidup yang kita miliki.

Cari rintangan hidup baru. Arahkan kembali energi negatif dan kekecewaan kita pada sesuatu yang dapat mengangkat kita untuk berbuat lebih baik.
Positif atau negatif, semuanya cuma ada dalam fikiran. Ubah sikap anda,dan majulah! =)
pakar cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...