Ahad, 18 Oktober 2015

Info -Makanan Mengatasi HB Rendah Supaya Bersalin Tanpa Komplikasi

Selalu terbaca di facebook, rakan ibu mengandung yang risau HB rendah . Nurse memang confirm akan bising jika bacaan kurang dari 10. Siap la kena datang lagi dalam masa terdekat. Penting sangat ke bacaan HB ni? Macam mana nak naikkan HB dengan cepat? 

Nak tahu cara mengatasi HB rendah supaya bersalin tanpa komplikasi? Jom baca sehingga akhir ya..


HB HB HB. Apa  itu HB?


HB adalah singkatan kepada Hemoglobin. 

Hemoglobin is the protein molecule in red blood cells that carries oxygen from the lungs to the body's tissues and returns carbon dioxide from the tissues back to the lungs.

"Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru kepada tisu badan dan membawa karbon dioksida dari tisu badan ke paru-paru."

Zat besi adalah komponen penting bagi Hemogblobin. Sekiranya badan kita kekurangan zat besi, darah tidak dapat diangkut secara efisyen ke organ-organ seluruh badan.





Kesan HB Rendah Kepada Ibu Hamil


Apabila bacaan HB rendah, ia bermakna badan kekurangan sel darah merah. Ia juga disebut sebagai Anemia. Anemia adalah keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah Hemogblobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah Hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL.

Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah diantara 10-15 gram/dL. Kebiaasaannya jumlah hemoglobin semasa hamil hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin kurang dari 10, ibu berisiko menghidapi anemia.

Sekiranya bacaan HB seseorang kurang dari 8.0 gram/dL, beliau berpotensi untuk menjalani pemindahan darah. 

Proses pemindahan darah yang menyakitkan


Wanita yang mengalami anemia akan menyebabkan ketidaksuburan. Manakala bagi ibu mengandung, mereka berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi pramatang yang berkemungkinan mempunyai pelbagai risiko kesihatan lain.

Ibu hamil yang yang menghidap anemia sering merasa lemah dan cepat letih. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi sebab utama berlakunya anemia.

Bagi bayi yang dapat bertahan sehingga full term, bayi berisiko untuk lahir dengan berat yang kurang sehingga mungkin menyebabkan bayi ditahan di NICU. Kebiasaannya, bayi tidak akan dibenarkan pulang sehingga mencapai berat sekurang-kurangnya 1.5 kilo.

Lebih menyedihkan apabila ibu mengalami komplikasi dan kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Namun begitu, usah risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh menaikkan Hb.


Cara Menaikkan HB Dengan Cepat 

Bagi menaikkan HB dengan cepat, Ibu hamil perlu mengambil makanan yang tinggi dengan zat besi.
Zat besi berfungsi membentuk hemoglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan ianya amat diperlukan oleh pesakit anemia. Berikut disenaraikan makanan yang mengandungi zat besi.

1. Daging Merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk mengelakkan anemia semasa hamil. Kandungan zat besi dari sumber haiwan dikatakan lebih mudah diserap berbanding dari sumber lain. Namun begitu,pengambilan daging perlu dikawal kerana ianya tinggi kolesterol.

2. Brokoli
Brokoli mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi.

3. Pisang
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari baik bagi ibu mengandung. Pisang mengandungi folat yang penting bagi perkembangan janin di dalam rahim.

4. Kekacang
Kacang pistachio adalah salah satu kacang yang mempunyai zat besi yang tinggi. Ia mengandungi 24% zat besi bagi setiap 100gm pistachio. Ia juga sesuai dijadikan snek bagi ibu hamil yang sering merasa lapar diantara waktu makan dan di tengah malam.

5. Hati Ayam
Walaupun ia dipercayai boleh meningkatkan Hb, namun pengambilan organ dalaman secara kerap tidak digalakkan kerana ia tidak elok untuk otak.

6. Bayam
Bayam merah atau hijau, keduana mengandungi zat besi, folat dan vitamin C. Kawal suhu semasa masak agar vitaminnya tidak hilang.

7. Kerang
Bagi penggemar makanan laut, tentu sahaja gembira untuk memilih kerang yang terkenal bagi menambah darah. Mungkin boleh ditambah di dalam menu seminggu sekali.

8. Telur
Pilihan yang murah dan mudah. Pengambilan kuning telur atau yolk dikatakan dapat mengekalkan jumlah hemoglobin di dalam darah.

9.  Oat
Oat yang kaya dengan serat juga amat baik diambil oleh hamil. Ibu boleh menambahkan buah potong bagi menjadikan hidangan oat lebih enak.

10. Buah Delima
Buah delima dapat mengekalkan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi di dalam buah delima adalah antara yang tinggi.

11. Madu
Amalkan meminum sesudu madu setiap hari. Selain meningkatkan HB, ia juga memberikan tenaga kepada ibu hamil dan mempunyai khasiat untuk bayi di dalam kandungan.

12. Kurma
Kurma amat dikenali sebagai buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Ia termasuklah meningkatkan penghasilan sel darah merah. Amalkan 7 biji kurma sehari untuk mendapat tenaga tambahan.

13. Kismis
Kismis amat sesuai dijadikan snek bagi ibu hamil dan jugak anak kecil. Selain dari membantu melawan anemia ia jugak baik untuk perkembangan otak.
 http://mamamyraslove.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...