Isnin, 19 Oktober 2015

Tips - Langkah Atasi Hidung Berdarah

hidung 
Jangan takut! Jangan cemas! Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit itu ada rawatannya! Cuma, kesedaran awal tentang pencegahan gejala hidung berdarah perlu didedahkan supaya masalah ini dapat dihindari. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh buat hidung berdarah.



Ikuti tip-tip ini untuk mengelakkan pendarahan pada hidung:-

SUHU BADAN TERLALU TINGGI
Faktor cuaca antara penyebab berlakunya gejala hidung berdarah pada seseorang. Keadaan udara yang terlampau (terlalu sejuk dan panas) boleh mencetuskan hidung berdarah. Ini kerana tubuh badan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang naik atau turun mendadak. Rawatan pencegahan yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam bagi memastikan badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan kaedah mudah dengan membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.

PERSEKITARAN
Hidung berdarah juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pencemaran. Udara yang kotor dan tercemar akan mengganggu selaput lendir pada hidung. Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakkannya. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin boleh menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus mengutamakan kebersihan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada habuk yang melekat pada sudut-sudut rumah yang boleh menyebabkan alahan pada anda.

PENGGUNAAN UBAT
Ubat jenis steroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh menimbulkan pendarahan hidung ini. Jadi individu yang tidak sesuai dengan ubat tertentu juga boleh mengalami hal yang sama. Untuk mencegah gejala ini, maklumkan dan mintalah nasihat doktor jika ubat tersebut tidak sesuai dengan anda dan menyebabkan hidung berdarah.

RESDUNG ATAU JANGKITAN
Pendarahan hidung boleh dicegah dengan mengubati penyakit sinusitis atau resdung. Resdung akan menyebabkan hidung anda kerap berair, gatal dan berbau yang boleh mengundang kegatalan pada hidung. Masalah ini akan menyebabkan anda akan menghembus hidung dengan kuat dan mudah juga terjadi seseorang yang mengalami masalah resdung akan bersin dengan terlalu kuat. Hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus merawat masalah resdung dengan segera kerana masalah resdung yang teruk bukan sahaja akan menyebabkan hidung berdarah tetapi juga boleh mengundang penyakit lain.

TABIAT
Tabiat adalah kebiasaan yang selalu seseorang itu lakukan dalam kehidupan seharian. Tabiat berkaitan hidung yang kerap dilakukan adalah mengorek hidung. Sekiranya hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Mengorek hidung dengan terlalu kuat boleh mencederakan dinding selaput lendir. Darah akan keluar menyusuri lubang hidung. Anda perlu berhatihati dan sebaiknya gunakanlah pelembab atau minyak bayi bagi membersihkan rongga hidung. Berlembutlah dengan hidung anda.
eberita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...