Rabu, 21 Oktober 2015

Tips Mengajar Anak supaya IKHLAS::

AssaLamualaikum


Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
 



Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:


Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya. Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda. 

Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah. Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri. Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan. 
Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
 http://atieyusoffamily.blogspot.my

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...