Jumaat, 23 Oktober 2015

Kisah Sedekah

Gambar sekadar hiasan sahaja.
 
Sedekah mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat kita lihat dengan mata, namun ada ketika apabila perlaksanaan sedekah itu telah kita lakukan ada perkara yang menjadi munafaat yang dapat kita lihat dengan mata.

Sedekah dikatakan dapat menjauhkan bencana, sedekah dapat menyembuhkan penyakit, sedekah dapat menghilangkan kerisauan dihati. Jadi jikalau hati rasa berdebar dan tak tahu apakah puncanya eloklah bersedekah dengan segera. Mudah-mudahan rasa hati yang berdbar itu dapat segera hilang dan digantikan dengan ketenangan.

Sedekah juga dapat menjamin kehadiran rezeki dan rezeki juga bukan cuma hadir dalam bentuk wang sahaja atau makanan semata-mata atau benda-benda bahkan rezeki boleh datang berupa kesihatan untuk tubuh badan, ketenangan jiwa yang dengan ketenangan jiwa itu kemudiannya membentuk keberadaan akal fikiran yang dapat pula berfikir dengan betul. Apabila fikiran telah betul maka barulah hakikat iman dapat terlaksana atau dilaksanakan. Dalam ringkas kata yang mudah difahami otak sudah dapat berfungsi dengan betul.
 
 
Sedekah juga tidak semestinya dengan wang ringgit atau makanan atau benda-benda seperti pakaian. Jika sedekah berupa wang ringgit dan makanan sahaja pasti orang yang kaya saja yang dapat bersedekah dan orang miskin tidak dapat bersedekah.Namun kebanyakan sedekah memang inilah perkara yang selalu disebut.

Sedekah yang lain sebenarnya ada banyak lagi, umpamanya senyum juga adalah sedekah, mengalih sesuatu benda yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna jalan diatas jalan juga adalah sedekah, menolong orang buta melintas jalan juga adalah sedekah. Menunjuk arah jalan kepada orang yang hamper sesat juga adalah sedekah. Mendoakan keselamatan atau kesejahteraan orang lain tanpa diketahui oleh orang lain juga merupakan sedekah. Mengajar orang membaca al Quran tanpa menerima upah juga adalah sedekah. Menyampaikan ilmu pengetahuan atau ilmu keagamaan juga adalah sedekah.

Dengan syarat segala apa yang dilakukan diatas dilakukan hanya kerana Allah ta'ala pasti dan pasti ianya menjadi sedekah yang melahirkan pahala untuk negeri akhirat. Dalam sedekah biasa, tangan kanan yang memberi tidak diketahui oleh tangan kiri tubuh badan yang sama. Begitu juga sedekat yang bukan berupa wang ringgit boleh disembunyikan dan ada yang tidak boleh disembunyikan. Contoh sedekah yang tidak boleh disembunyikan ialah menolong orang tua mengangkat barang atau menolong orang buta melintas jalan.

Keberkesan  sedekah sebagai penghasil berbagai kebaikan sudah diyakini oleh orang yang mengamalkannya. Oleh itu jangan hairan jika terjumpa orang yang bersedekah dan bersedekah sehingga tiada apa-apa lagi yang hendak disedekahkan (benda-benda).

Keghairahan bersedekah pada sebahagian besar mereka yang mengetahui kelebihan sedekah dan alim besar kita telah menjadikan mereka menjadi manusia hebat, tabah dan kesabaran yang besar ketika menghadapi apa saja ujian. Namun kita harus ingat semakin kita menghampirkan diri kita kepada Allah ta'ala maka semakin banyak dan besar ujian yang Allah ta'ala berikan kepada kita. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah yang mampu kita tanggung sahaja kata Allah.

Pada zaman tabiin ada banyak kisah yang berlaku yang berkait dengan sedekah. Satu kisah yang berlaku di Baghdad dimana satu keluarga yang suka bersedekah apa sahaja kepada sesiapa sahaja sehingga kadang-kadang mereka sendiri menjadi tiada apa-apa lagi yang hendak disedekahkan bahkan ada ketikanya tiada apa-apa lagi yang hendak dimakan.

Pada suatu hari keluarga tersebut mendapat sedikit tepong yang disedekahkan maka didapati beberapa ketul tepong  oleh orang lain kepada mereka dan dengan tepong itu boleh dibuat roti maka siisteri keluarga tersebut telah menguli tepong tersebut. Setelah siap uli maka tibalah masa untuk memasak roti dan api pula tiada. Lalu siisteri telah pergi kerumah jiran untuk meminta api bagi kegunaan memasak.

Sewaktu siisteri pergi untuk mendapatkan api maka sisuami telah pulang kerumah, serentak dengan itu juga seorang peminta sedekah telah dating kerumah mereka. Seperti biasa sisuami akan mencari apa saja yang ada dalam rumah untuk diberikan kepada peminta sedekah. Seketika masuk kebahagian dapur maka sisuami telah terlihat beberapa ketul tepong yang telah siap diuli maka diambil kesemuanya dan disedekahkan kepada peminta sedekah itu.

Seketika selepas peminta sedekah itu pergi maka pulanglah siisteri membawa api untuk digunakan memasak roti. Apabila tiba dibahagian dapur maka terperanjatlah siisteri kerana tepong yang sudah diuli sudah tiada lalu dia bertanyakan kepada suaminya kemanakah perginya tepong itu lalu dijawab suami. 'Tepong itu sudah pergi untuk menjadi roti', lalu diterangkan bahawa tepong itu sudah disedekahkan kepada orang yang lebih memerlukannya. Tanpa marah sedikitpun dan sudah terlalu faham dengan tabiat suaminya siisteri cuma tersenyum. Namun terbetik didalam hatinya apakah yang hendak dimakan sedang perut sudah dalam keadaan lapar.

Tidak lama selepas itu maka datang pula seorang jiran membawa beberapa ketul roti yang sudah dimasak beserta dengan kuah daging sekali untuk keluarga tersebut lalu sisuami membawanya hadiah tersebut kedapur dan apabila siisteri menemui hidangan itu sudah berada diruang dapur maka siiteri bertanya kepada suaminya dari mana datangnya juadah tersebut. Maka dijawab oleh sisuami, 'Tepong yang tadinya pergi untuk menjadi roti kini sudah menjadi roti dan telah dating semula bersama kuah untuk dimakan'. Isterinya tersenyum.

Dengan sedikit kisah ini dapat dijadikan teladan dan mudah-mudahan dapatlah kita menjadikan sedekah sebagai amalan harian kita terutama sedekah ketika hendak solat. Sedekah ketika hendak solat dikatakan lebih berkesan, contohnya ketika hamper waktu azan carilah peluang untuk bersedekah sebab sedekah dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ini bermakna sebelum kita melangkah masuk masjid pun kita sudah mendekatkan diri kepada Allah.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan 

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...