Rabu, 21 Oktober 2015

Kelebihan Bersugi Apabila Bangun Dari Tidur

Siapa yang pernah bersugi? Atau ada yang kali pertama mendengar perkataan bersugi? Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.
Kayu Sugi
Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Huzaifah RA katanya Nabi SAW apabila Baginda bangun daripada tidur maka Baginda menggosok-gosok mulutnya dengan kayu sugi.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




Bersugi
Huraian Hadith:
  1. Islam menuntut setiap orang yang bangun daripada tidur agar membersihkan mulutnya dengan cara berkumur-kumur dan menggosok gigi sebelum makan atau minum dan melakukan perkara-perkara lain.
  2. Syarak membolehkan seseorang yang hendak menggosok mulut menggunakan kayu sugi, jari tangan dan apa-apa sahaja alat yang tidak najis dan berbahaya.
SUMBER : JAKIM/ http://tokeinfo.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...