Rabu, 14 Oktober 2015

Bagaimana Mengelakkan Salam Tangan Dengan Lelaki & Perempuan Bukan Mahram

 salam tangan bukan mahram lelaki dan perempuan
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan daripada salam tangan bukan mahram? * image by McRos
Pada suatu hari Farah telah mempunyai satu temujanji dengan bakal clientnya, En. Tan, untuk menerangkan pelan takaful yang disediakannya, disebuah restoran.
Masalah bermula apabila..
En. Tan: Hai, apa khabar? (menghulurkan tangan untuk bersalam)
Farah: Khabar baik tuan (ragu-ragu untuk menghulurkan tangan.)
En. Tan: Ermm.. (air muka berubah. Malu. Menarik kembali tangan)
Farah: …… (pada masa tersebut dia telah menukar fikiran dan menghulurkan tangannya pula)
En. Tan: *menarik nafas lega* (menghulurkan kembali tangan untuk bersalam)
Farah: ……  (menarik kembali tangan.)


 

Pernahkan anda mengalami situasi diatas?
Semua orang tahu bahawa bersalam tangan antara lelaki dan wanita adalah haram.
Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan. (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)
Saya menerima banyak emel daripada pembaca yang meminta nasihat bagaimana untuk mengelakkan “bersalam tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram” terutamanya ketika sesi temuduga.
Kebanyakkan kita semua, terutamanya wanita muslim, selalunya akan menghadapi saat getir dimana lelaki menyuakan tangannya untuk bersalam.
Seorang muslim yang patuh pada agama pasti dalam fikirannya selalu ingin mengelakkan daripada bersentuhan dengan berlainan jantina.
Saya pasti anda semua mesti pernah mengalami saat sebegini.
Apabila situasi ini berlaku, anda hanya ada masa sekilas mata sahaja untuk membuat keputusan:
a) Menolak bersalam tangan dan mungkin memalukan pihak satu lagi.
atau,
b) Sambut salam tangan itu dan lupakan prinsip kita (Dan ya, haram tetap haram)

Ibarat tersepit, apa yang anda akan pilih jika berada dalam situasi ini?
Kita ingin menjaga perasaan dan maruah orang lain, dan pada masa yang sama kita tidak mahu mengundang kemurkaan Allah SWT.
Oleh itu pada artikel ini, saya cuba merumuskan beberapa helah win-win situation, yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan daripada terperangkap dengan bersalam tangan dengan lelaki/perempuan bukan mahram.

1. Elak salam tangan dengan megekalkan jarak ‘selamat’

Pastikan anda bersedia mengekalkan jarak yang selamat apabila pergi ke sesuatu tempat/majlis/temuduga.
Sebolehnya pastikan jarak anda cukup jauh dan selamat kerana ia akan menjadi tidak ‘normal’ untuk seseorang melangkah ke depan dan memanjangkan jangkauan tangannya untuk bersalam.
Apabila melangkah masuk ke sesuatu ruang yang terdapat lelaki atau perempuan bukan mahram, lihat wajah mereka, dan hanya anggukkan kepala tanda hormat sambil memberi teguran selamat yang ringkas. (Pastikan anda menyorokkan tangan anda dan tidak kelihatan seperti dalam posisi ingin bersalam)
Namun ia masih belum berakhir, sebab kadang-kadang mungkin terdapat mereka yang masih tidak memahami isyarat badan yang kita berikan dan akan datang dekat mendekati kita..

2. Bertindak pantas dan licik

Jika anda terlihat sebarang pergerakan yang menunjukkan bahawa seseorang itu mahu menghulurkan tangannya, bertindaklah dengan pantas!
Lebih pantas anda bertindak, lebih cepat dia boleh mengubah keputusan, dan mengurangkan risiko sebarang penolakan salam tangan yang mungkin memalukan dia.
Sebagai cadangan dalam tindakan pantas ini, anda mempunyai tiga pilihan:
a) Berpura-pura seperti sorang yang beribawa
Cuba ‘desak’ dia secara halus untuk berada kekal ditempatnya sambil anda mencari tempat duduk ataupun menegur orang lain.
Ini boleh dicapai dengan mengatakan “Jangan..” dan disertakan dengan ayat-ayat lain.
Sebagai contoh, bila anda melihat dia ingin menghulurkan tangan, maka anda perlu bertindak pantas dengan menunjukkan isyarat tapak tangan, dan sebutkan dalam nada tegas tapi mesra, “Jangan, jangan bangun tuan/cik, tak apa, sila duduk ya..” *senyum*

elakkan salam tangan
b) Berpura-pura “Blur”
Berlakon seolah-olah anda tidak nampak dia ingin berjabat tangan dengan anda, dan berpaling badan anda secara pantas darinya untuk mencari tempat duduk (andaikan tempat duduk berada dibelakang anda dan bukan dalam medan penglihatan anda)
c) Buat-buat gaya sopan
Jika nampak dia macam hendak menghulurkan tangan, secara pantas letakkan tangan tangan anda ke dada, dan tunduk sedikit, untuk memberi isyarat bahawa anda tidak akan menyambut salam tangan itu.

3. Buatkan tangan anda sentiasa sibuk

Jika anda berasa tidak yakin dan tidak cukup licik untuk melakukan dua tips diatas, mungkin anda boleh mencuba tips ini pula.
Ianya berguna jika bila anda rasa salam tangan akan berlaku, contohnya pada hujung sesi temujanji/temuduga atau dalam mensyuarat.
Sentiasa buatkan tangan anda ”sibuk”.
Tidak kisah bagaimana anda boleh lakukannya. Samada memegang botol air disebelah kiri dan fail ditangan sebelah tangan. Memegang handbag dan baju coat, atau barang-barang lain.
Yang penting adalah untuk membuatkan anda nampak sarat dengan barang, dan tangan anda tidak ada ruang untuk bersalam berjabat tangan.
Selepas itu, beredarlah secepat mungkin.

4. Bersedia dengan ayat yang sopan dan penuh yakin

Inilah situasi yang paling biasa dihadapi oleh kita semua, apabila tiba-tiba ada seseorang menyuakan tangan untuk bersalam, didalam situasi yang mana kita tidak terjangkan dan tidak sempat untuk bersedia.
Apabila situasi ini berlaku, letakkan tangan anda didada (ianya nampak tegas tapi ianya paling dihormati) dan jelaskan kepadanya dengan penuh maaf dan sopan.
salam tangan bukan muhrim tangan di dada
cara yang betul menolak salam tangan dengan bukan muhrim..
Untuk membantu kita untuk melakukannya dengan baik dan teratur, adalah sangat digalakkan untuk kita berlatih mengucapkan ayat itu.
Jika anda benar-benar cakna akan hal ini, latih diri anda dan lakukan dengan kawan-kawan. Lakukan role-play supaya kita kita tidak gelabah bila ia benar-benar berlaku.
Saya tidak belajar khusus mengenai perkara ini, namun apabila saya mendapati diri saya kerapkali perlu untuk mengelakkan salam tangan antara berlainan jantina, saya mula untuk menghafal ayat yang sama bagi menjelaskan keadaan.
Anda bebas untuk membentuk ayat yang anda selesa gunakan dan memudahkan pemahaman orang lain. Dan jika dapati ayat itu berkesan, kekalkan ayat itu dengan anda.
Semakin banyak kali anda menggunakannya, semakin automatik ayat itu pada lidah anda, dan InsyaaAllah ia akan menjadi semakin mudah setiap kali.
Tanamkan ayat tersebut didalam sistem 1 otak kita
Contoh ayat persediaan saya adalah seperti ini:
Maaf cik, saya tidak boleh bersalam dengan awak, sebab kepercayaan agama. Maaf ya cik, harap tidak ambil hati..”
atau semasa diluar negara, saya gunakan ini:
Oh i’m sorry, I don’t shake hands due to religious reasons.”
Nota: elakkan daripada mengatakan, “Saya tak boleh bersalam dengan perempuan/lelaki.”
Kenapa?
Walaupun memang itu adalah sebabnya, kita ingin mengelak perkara ini menjadi fokus perbualan.
Kita tidak perlu menjelaskan sebab secara spesifik, kita hanya perlu memberitahu fakta.. Iaitu: “Saya tak boleh bersalam dengan awak atas sebab kepercayaan agama.”
Alhamdulillah, kebanyakan orang (bukan Islam) akan faham tanpa perlu kita menjelaskan secara panjang lebar.
Ia juga mengurangkan risiko anda dilabelkan sebagai seksis iaitu memandang rendah terhadap kaum wanita (oleh lelaki), dan sebaliknya.

Penutup: yakinlah dengan hikmah yang terkandung

Saya cuba menulis perkara ini secara jujur dan terbuka.
Kita tidak patut berasa malu mengenai apa yang Allah telah tetapkan dan jangan rasa benci dengan apa yang Allah telah haramkan.
Apa yang harus kita utamakan dalam fikiran kita adalah bagaimana untuk mengikut syariat dengan sebaik yang mungkin.
Walaupun mungkin agak sukar, namun yakinlah dengan kebaikan yang terkandung didalamnya.
InsyaaAllah, jika anda berpegang teguh kepada perkara ini secara istiqamah (konsisten), orang lain akan menghormati anda kerana mempunyai prinsip yang jelas dan tidak boleh digugat.
Benar, ia akan mengambil masa untuk membiasakan diri melakukannya. Namun, dengan keyakinan yang penuh hanya Allah keutamaan kita, pasti kita akan dapat melakukannya.
Yakinlah hanya Allah yang memberi kejayaan atau kegagalan kepada kita.
Oleh itu, jangan jadikan panel penemubual sebagai tempat bergantung harap, kerana Allah-lah yang memberi rezeki kepada kita.
Untuk muslimah (dan lelaki islam), pasti bukan mudah untuk bergelut dalam situasi salam tangan antara jantina, namun dengan sedikit kesungguhan, ia akan menjadi semakin mudah dari masa ke semasa.
Bagaimana anda meloloskan diri secara bijak dalam situasi in
 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...