Rabu, 21 Oktober 2015

Kesilapan Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Hubungan Suami Isteri

 Dalam bahtera rumah tangga, pasangan suami isteri hendaklah sentiasa berat dan peka apakah kesilapan dan juga pantang larang yang tidak boleh dilakukan dalam hubungan suami isteri demi menjaga kesejahteraan dan kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.

Oleh itu, pasangan suami isteri hendaklah mengambil peranan masing-masing dan tidak mengharapkan hanya sebelah pihak sahaja. Antara kesilapan dan juga pantang larang yang tidak boleh dilakukan dalam hubungan suami isteri ialah seperti senarai di bawah. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh Ustas Kazim Elias.

Kesilapan Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Hubungan Suami Isteri 


Kesilapan Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Hubungan Suami Isteri 

  1. Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
  2. Hindar meninggikan suara / menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.
  3. Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.
  4. Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.
  5. Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.
  6. Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah / betul setiap masa.
Semoga dengan perkongsian dapat dijadikan peringatan dan panduan kita bersama-sama. Insyaallah.
SUMBER : ATIEYUSOFFAMILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...