Rabu, 28 Oktober 2015

Resepi - Jenis Sup Yang Dicari, Jom Buat!

Inilah 4 Jenis Sup Yang Dicari, Jom Buat!

Khusus yang suka menu ringkas tanpa santan, anda boleh cuba hidangkan pasangan dan anak-anak dengan pelbagai juadah sup yang boleh dimakan dengan nasi putih, bihun atau mungkin nasi himpit. Yang mana sajian jadi idaman, sila cari bahan dulu...






SUP GEARBOX
 
Bahan-bahan
1 ketul gearbox 
3 liter air
2 batang daun sup 
1 bungkus rempah sup Pak Lang
1 biji timun           } untuk hiasan
Bawang goreng }
Garam secukup rasa
 
 
Cara membuat:
1. Cuci bersih gearbox lalu direbus. 
2. Apabila sudah mendidih, masukkan rempah sup Pak Lang
3. Masukkan garam secukup rasa
4. Masak sehingga gearbox empuk.
5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan timun yang dihiris kecil sebagai hiasan. Hidangkan bersama sambal kicap.
 
Bahan Sambal Kicap:
50 gm cili padi } dikisar
50 gm kicap 
1 biji limau nipis
 
Cara membuat:
1. Kisar cili padi, kicap dan limau nipis.
 
 
 
 
SUP EKOR
 
Bahan-bahan:
1 kg ekor lembu
3 liter air
2 batang daun sup 
1 bungkus rempah sup Pak Lang
Garam secukup rasa
2 biji timun           } untuk hiasan
Bawang goreng
 
Cara membuat:
1. Cuci bersih ekor lembu kemudian rebus.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan rempah sup Pak Lang.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga ekor empuk.
5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan timun yang dihiris kecil sebagai hiasan. Hidangkan bersama sambal kicap.
 
 
 
 
SUP PERUT
 
Bahan-bahan:
1 kg perut
3 liter air
Garam secukup rasa
2 batang daun sup 
1 bungkus rempah sup Pak Lang
2 biji timun          } untuk hiasan
Bawang goreng
 
Cara membuat:
1. Cuci bersih perut lalu direbus.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan rempah sup Pak Lang.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga perut empuk.
5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan timun yang dihiris kecil sebagai hiasan. Hidangkan bersama sambal kicap.
 
 
 
 
SUP URAT
 
Bahan-bahan:
500 gm urat
2 liter air
Garam secukup rasa
2 batang daun sup 
1 bungkus rempah sup Pak Lang
1 biji timun          } untuk hiasan
Bawang goreng
 
Cara membuat:
1. Cuci bersih urat lembu kemudian rebus.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan rempah sup Pak Lang.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak sehingga urat empuk.
5. Taburkan bawang goreng, daun sup dan timun yang dihiris kecil sebagai hiasan. Hidangkan bersama sambal kicap.


Haaa... agak-agak yang mana satu jadi pilihan hati? Tak apa, anda boleh cuba kempat-empat resepi ini kalau gemar sup. Selamat memikat pasangan ya, kaum wanita!
mingguan wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...