Kalau korang dah
lama hidup membujang, mungkin korang rasa hidup single ni lebih selesa kan kan kan...cepat ngaku!
Tak kisah la sama ada lelaki atau perempuan, lebih-lebih lagi kalau dah ada kerja dan bergaji.
Hidup single ni sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan.
Hidup single ni sebenarnya ada kelebihan dan kekurangan.
Antara kelebihan utama
sekiranya korang memilih untuk hidup single ialah :
5 KELEBIHAN KALAU MEMILIH UNTUK HIDUP SINGLE
DAPAT BERJIMAT
5 KELEBIHAN KALAU MEMILIH UNTUK HIDUP SINGLE
DAPAT BERJIMAT
Dari segi soal kewangan, kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Korang tak perlu membazir duit beli top up untuk bergayut tiap-tiap malam, tak perlu beli hadiah, tak perlu belanja makan etc. Cuma perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri korang sahaja. Apabila korang memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan. Takkan lah keluar dating, korang nak suruh dia yang bayar. Tak gentleman la bro. -,-
BEBAS BERKAWAN
Apabila korang single, korang sebenarnya bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Tak ada sorang pun yang akan cemburu dengan siapa korang nak berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Berbeza pulak sekiranya korang dah ada pasangan. Masa untuk lepak bersama kawan memang sedikit terbatas. Komitmen lebih banyak pada keluarga.
BEBAS UNTUK BUAT APA SAHAJA
Dalam hidup ni, banyak perkara yang korang nak buat kan? Untuk memudahkan korang melakukan apa sahaja yang korang nak tu tanpa dikawal oleh sesiapa, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik sebab korang tak perlu jaga perasaan pasangan dalam melakukan sesuatu perkara dan hanya fokus terhadap perkara yang korang nak buat tu sahaja.
TAK PERLU JAGA HATI
Menjaga dua hati yang berlainan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan korang. Yalah, bila couple, kena la jaga hati si dia dengan call dia setiap masa, text dia selalu, macam-macam lagi lah. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana korang hanya perlu memikirkan mengenai diri korang sahaja.
KURANG TANGGUNGJAWAB
Kalau memilih
untuk hidup single, tanggungjawab hanya diperuntukkan pada mak ayah
sahaja. Bila dah berpasangan, tanggngjawab tu jadi lebih berat
terutamanya bagi lelaki. Lagipun hidup single ni kurang dosa. Takde
orang nak text, takde orang nak call, takde orang nak ajak dating..duduk
rumah enjoy the silence..krik..krik..krik.
Tips ni untuk mereka yang masih single sahaja ok !
Tips ni untuk mereka yang masih single sahaja ok !
nicknashram.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan