Selasa, 27 Oktober 2015

CERPEN : TERIMA SEADANYA ( BAH- 1)

 SATU
Dafina Qaisara. Fina menjadi cacat penglihatan disebabkan kemalangan yang menimpanya sebulan sebelum tarikh perkahwinannya dengan Adam Syafiq.  Ketika kemalangan itu terjadi Fina yang sedang bercuti bersama teman baiknya Damia berada di Moscow. Mereka ingin mengimbau kembali saat mereka belajar di sana. Fina keseorangan tanpa ditemani oleh Damia,.Semasa pulang dari membeli makanan Fina telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.


Fina mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinannya. Fina terpaksa walapupun hakikatnya dia sangat mencintai Adam. Dia mahu Adam mencari orang yang lagi sempurna dari dirinya. Dia tidak mahu Adam mengahwininya kerana simpati kerana dia tahu mungkin Adam akan membatalkan perkahwinan mereka juga apabila dia mendapat tahu bahawa Fina telah buta. Fina memberitahu keluarganya di saat-saat akhir untuk membatalkan majlis  perkahwinan mereka. Kepada keluarganya dan Adam  tidak diberitahu tentang keadaannya dan sebab kenapa dia membatalkan majlis perkahwinan mereka.



Disebabkan masalah ini tiada siapa pun yang mengetahui tentang keadaan Fina kecuali Damia. Fina tahu keluarga dia pasti sangat kecewa dengan sikapnya yang menghilangkan diri dan memberitahu niatnya yang ingin membatalkan perkahwinan melalui telefon. Sejak kejadian itu Fina tidak pernah berjumpa dengan keluarganya. Fina mengambil keputusan untuk menetap di Moscow selama setahun sebelum kembali ke Malaysia. Fina tinggal bersama Damia. Dia menolong Damia menguruskan butik pengantin. Bukannya tolong apa, tolong layan pelanggan sahaja. Bukannya dia mampu untuk menjahit atau apa pun.


“Woit, buat apa”Damia menepuk bahu Fina yang sedang duduk bersebelahan dengannya di kaunter .


“Buat apanya. Aku tak buat apa pun. Aku bosan lah duduk aje macam ni. Maaf ye Mia, aku nk tolong kau tapi aku tak boleh nak buat apa pun”


“Aku dah cakap kan Fina. Kau tak payah nak tolong aku. Kau sudi tinggal dengan aku, teman aku kat butik ni pun dah memadai. Aku sebatang kara, tak ada kawan rapat melainkan kau.”


“Terima kasih Mia”ucap Fina. Mia tersenyum memandang Fina. Walaupun dia tahu bahawa Fina tidak mungkin dapat melihat senyumannya.


“Terima kasih juga kepada kau. Kau duduklah sini. Kalau ada pelanggan tolong layan dia borak dulu. Aku ada dekat stor nak keluarkan barang”kata Mia.


Tangan Fina membelek majalah-majalah pengantin yang diletakkan Mia di meja bersebelahan dengan kaunter. Meski pun dia tidak dapat melihat, tangannya tetap membelek  majalah ditangannya. Dia yakin gambar baju-baju pengantin di dalam majalah itu cantik-cantik belaka. Fina terbayangkan dia memakai baju pengantin duduk di atas pelamin bersama dengan Adam.Arghhh..dia masih tidak dapat lupakan Adam. Dia mencuba untuk melupakan Adam  tetapi setiap kali mencuba dia merasakan perasaannya terhadap Adam makin mendalam.


Bunyi loceng tanda seseorang masuk ke dalam butik tersebut mematikan lamuan Fina.


“Tumpang tanya pengurus butik ini mana ye. Saya nak jumpa dengannya”kata seorang pemuda.


“Sekejapnya..dia ada di stor. Nanti saya panggilkan”belum sempat Fina berdiri untuk mencapai tongkatnya, suara yang dia kenali membuatkan dia terkaku di tempatnya.


“Dah jumpa pengurusnya”kata Daliya.


‘Angah..Ya Allah’ Fina tidak tahu hendak berbuat apa ketika namanya disebut.


Masing-masing terdiam sebelum Daliya memulakan bicaranya.


“Ermmm..kat sini rupanya kau sembunyi. Dah setahun kau menghilang, mana kau pergi ?”kasar suara Daliya bertanya kepada adiknya.




“Hah..jawablah. Ke kau dah pekak”tanya Daliya lagi.


“Disebabkan keputusan kau yang nak batalkan perkahwinan keluarga kita dapat malu. Keluarga Adam pun dapat malu. Kau malukan kita orang semua. Kau tahu tak”marah Daliya tidak teragak-agak. Perasaan teruja berjumpa dengan Fina mati setelah teringat kembali apa yang dilakukan oleh adiknya. Fina menunduk.


Daliya memandang sinis wajah adiknya yang sedang menunduk sambil menangis.


“Buat apa kau menangis. Menyesal. Jangan ingat aku nak percaya cakap kau”marah Daliya lagi. Suaranya yang kuat membuatkan Damia bergegas menuju ke arah Fina. Fian sedang menangis.


“Adik minta maaf angah..Adik”


“Adik..siapa kakak  kau. Sejak kau malukan keluarga kita aku dah tak anggap kau lagi sebagai adik. Anak tak sedar di untung. Sampai hati kau Fina. Sampai hati kau kecewakan mama dan papa. Kau bukan lagi keluarga aku. Kau bukan adik aku. Jangan kau berani jejakkan kaki kau di rumah lagi”jerit Daliya. Dia menampar pipi Fina. Zarif disebelah yang terkejut melihat kekasihnya itu sedang marah cuba menenangkan Daliya. Dia menarik keluar tangan Daliya keluar dari butik itu.


Fina menangis teresak-esak. Air matanya laju mengalir di pipinya. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati apablia seorang kakak berkata begitu.


“Fina..sabar Fina. Aku yakin kau kuat”sebak hati Damia melihat Fina yang tidak henti-henti menangis. Dia mengesat air mata Fina yang mengalir.


“Aku tak kuat Mia nak jalani ni semua. Hari ini aku jumpa angah. Esok-esok kalau aku jumpa along. Mahu dibelasahnya aku. Mereka semua dah buang aku Mia. Aku dah tak ada keluarga”


Mia mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa. Fina yang kembali menangis ditarik ke dalam pelukan. Dia faham sendirinya dia muka bumi ini tanpa keluarga sangat menyedihkan. Dia faham perasaan Fina yang sudah lama tidak berjumpa dengan keluarganya kerana dia mempunyai perassan yang sama. Sejak kecil dia telah ditinggalkan oleh ibu bapanya dan dihantar ke rumah anak yatim.  Selepas mendapat tawaran menyambung pelajaran di Moscow Mia tidak teragak-agak untuk ke sana dan di sanalah dia bertemu dengan Fina. Mereka berkawan baik hampir empat tahun.




DUA


Zarif memandang tunangnya disebelah. Muka Daliya kelihatan merah . Jelas mukanya yang sedang marah.  Zarif tenang memandu. Dia ingin menanyakan sesuatu kepada Daliya.


“Jadi perempuan di butik tadi tulah adik Liya”tanya Zarif.


“Adik ? Dia bukan adik Liya lagi. Selepas apa yang terjadi, Rif ingat Liya nak terima dia sebagai adik.”


“Liya…mungkin Fina ada alasan kenapa dia buat macam tu. Tak mungkin kan dia nak putuskan perkahwinan dia tiba-tiba macam tu. Mesti ada sebab yang dia tak nak kita tahu”jelas Zarif.


“Sebab ? Tak mungkin ada sebab dia nak buat macam tu lah Rif. Dia memang sengaja. Sengaja memalukan kami semua”


“Sudahlah Rif..berhenti cakap pasal dia. Meluat Liya nak dengar”Liya berpaling ke luar tingkap.


Zarif tidak terkata melihat sikap Liya. Begitu sekali bencinya Liya terhadap adiknya sendiri.


“Liya nak pergi mana lagi lepas ni”tanya Zarif.


“Liya nak balik rumah. Liya dah tak ada mood nak keluar”


“Rif tolong hantar Liya balik rumah ye”mohon Liya.






TIGA


SEPANJANG perjalanan pulang Fina tunduk dan diam membisu. Damia melihat ke wajah Fina. Tiada senyuman langsung. Mukanya sedih. Damia pasti Fina masih lagi memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Daliya. Damia menukar laluan. Tidak jadi pulang ke rumah. Dia mahu membawa Fina ke Secret Recipe. Damia yakin Fina akan ceria semula selepas makan kek kegemarannya.


Damia memakirkan keretanya di sebelah Toyota Supra memandangkan di situ sahaja tempat kosong yang ada dan juga betul-betul di hadapan Secret Recipe. Damia mlihat ke arah kereta di sebelahnya. Cantik. Dibandingkan dengan keretanya. Sebuah Kelisa dan sebuah Ferrari. Dah sah-sah keretanya terjunam ke belakang.


“Dah sampai rumah ke”tanya Fina perlahan apabila dia merasakan kereta Damia sudah berhenti.


“Bukanlah. Kita tak balik rumah lagi. Aku bawa kau pergi makan kek. Jom”ajak Damia.Mia membukakan pintu kereta untuk Fina.


“Silakan tuan puteri”usik Mia. Fina terhibur dengan telatah Mia.


“Tuan puteri lah sangat”Fina tergelak kecil.


“Aku boleh jalanlah..”kata Fina semasa Damia memegang tangannya.


“Jangan banyak bunyi..ikut jelah. Depan tu ada tangga nanti kau jatuh”perihatin Damia terhadap kawannya. Tanpa mereka sedari terdapat sepasang mata yang sedang melihat telatah mereka sehinggalah mereka duduk di kerusi meja yang ada di dalam kedai itu.


“Aku pergi order dulu. Kau nak apa”


“Aku tau kau mesti nak kek Chocolate Indulgence kan.”belum sempat Fina menjawab Mia terlebih dahulu.


Mia  kembali dengan membawa dua potong kek. Chocolate Indulgence untuk Fina dan Oreo Cheese untuk dirinya. Fina menikmati kek yang berada di hadapanya..


‘Yummm..sedapnya’desis Fina. Dia menutup mata menikmati kek sambil tersenyum.


“Aduhh…hoi sakitlah”Fina membuka mata apabila pipinya terasa perit.


“Yang kau tu kenapa. Makan kek tutup mata lepas tu senyum-senyum pula.”pelik Mia melihat perangai Fina.


“Kau apa tau. Aku tengah menikmati betapa sedapnya kek ni”kata Fina sambil tergelak. Hilang masalah yang dia fikirkan sebentar tadi. Mia yang berpura-pura tak tau tersenyum. Memang kek ni sahajalah yang dapat buat Fina kembali ceria.


“Aku dah habis makan. Jom cepat aku nak balik”usik Mia. Fina mencebik.


“Kau ni aku tak habis makan lagi”muncung lagi si Fina ni.


“Babe…agaklah aku baru duduk sini. Kau tu baru sesuap makan kek tak kan aku makan kek aku dah habis kot”Mia ketawa. Suka dapat mengusik si Fina.




EMPAT


SELEPAS seminggu kejadian di butik Mia, Fina tidak berani lagi untuk duduk di kaunter depan. Dia takut akan bertembung dengan Daliya mahupun  ahli keluarganya yang lain. Fina menyembunyikan diri dengan duduk di bilik belakang bersebelahan dengan bilik stor. Mia tidak membenarkannya untuk tinggal sendirian di rumah.


Seminggu jugalah Fina tidak menemani Mia keluar membeli belah-belah. Mia tidak akan keluar melainkan dia menemani Mia. Pada hari Sabtu itu Fina menemani Mia keluar pergi membeli belah di KLCC. Mia setia berjalan seiringan dengan Fina. Tidak sedikit pun dia merungut dengan langkah Fina yang perlahan.


Mia membawa Fina ke Kinokuniya. Dia ingin membeli buku.


“Mesti banyakkan novel-novel baru sekarang ni. Rindu pulak nak baca novel”sayu suara Fina. Mia yang sedang membelek-belek novel mengalihkan pandangannya ke arah Fina.


“Fina..kau janganlah macam. InsyaAllah suatu hari nanti mesti kau dapat baca semula novel-novel ni.”Mia tahu Fina sedih kerana tidak dapat membaca novel itu semua. Yelah..macam mana  nak baca kalau mata Fina sudah buta..Bukannya dia tak tahu bahawa Fina juga kaki novel macam dia.


“Dahlah aku ambil dua buah je. Jom pergi bayar”Fina hanya mengikut dan melangkah sambil menunduk apabila tangannya ditarik oleh Mia. Baru beberapa langkah Fina melanggar seseorang sehingga menyebabkan kedengaran bunyi buku jatuh daripada pegangan seseorang. Tongkatnya juga jatuh.


Fina cuak. Tu lah kalau jalan sambil mengelamun. Fina meraba-raba tongkatnya.


“Maaf..maaf saya tak sengaja”kata Fina. Tangannya masih meraba untuk mencari tongkatnya.


“Sara..”seru seseorang. Fina tergamam. Nama itu..hanya seseorang sahaja yang memanggilnya dengan nama Sara.


“Fina..kenapa ni”Mia muncul dia mengambil tongkat yang jatuh dan memberikannya kepada Fina. Mia tergamam. Baru dia perasan lelaki yang sendang duduk dihadapan Fina sambil memegang buku.


“Adam..asal kau duduk kat situ”kata Daffa. Adam dan Mia memandang ke arah Daffa. Mia tidak tahu hendak berbuat apa apabila dia melihat Daffa.


“Aku..”


“Mia bawak aku pergi dari sini Mia. Tolong cepat sikit.”Fina cepat-cepat bangun dengan di bantu oleh Mia. Dia ingin pergi dari situ.


‘Ya Allah..mereka masih berkawan. Sangka Fina dengan keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Adam, Adam akan memutuskan persahabatanya dengan abangnya Daffa. Tetapi apabila mendengar suara abangnya yang mesra memanggil Adam..arghhh..Fina berjalan dengan pantas.


“Finaaaaa”jerit Daffa. Dia berlari mendapatkan adiknya. Jadi memang betul Fina sudaah pulang ke Malaysia. Fina jugalah yang dinampaknya di Secret Recipe minggu lepas.


“Fina tunggu along”Daffa mencengkam lengan Fina. Dia inginkan jawapan daripada Fina dengan apa yang terjadi selama ini. Fina menangis. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Daffa apa lagi kalau Daffa bersama Adam.


“Lepaskan Fina..lepaskan Fina.”Fina meronta untuk dilepaskan tangannya.


“Mia..mia..tol”


“Saya nak bawak adik saya. Nanti saya akan hantar dia semula ke rumah awak. Tolong send kan alamat rumah rumah kepada saya.”Daffa menghulurkan kad nama kepada Mia dan berlalu dengan memegang lengan Fina yang masih berusaha untuk melepaskannya.


http://shierajamal.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...