Jumaat, 11 Mei 2012

FHI - Kesan Bahaya Penggunaan Barang Kosmetik


Krim Anti-Kedut

Kandungan liposome, kolagen dan elastin di dalam krim anti-kedutan sebenarnya tidak boleh menghilangkan kedutan pada wajah. Ia hanya membantu memberi lembapan dan menggebukan wajah agar kelihatan lebih muda remaja.

Ia sama sekali tidak boleh melambatkan atau mengelakkan proses kesan penuaan kulit. Seperti juga tulang yang sudah semakin dimamah usia, tidak mampu untuk mengembalikan kekuatannya. Begitu juga halnya dengan penggunaan krim anti-kedut atau anti-penuaan tidak mampu menghilangkan kedutan pada wajah.
 
 
 
 

Bedak Asas

Kebanyakan bedak asas jenis cecair mempunyai minyak mineral yang disyaki mengandungi karsinogen (agen pencetus kanser).


Pembayang Mata

Pembayang mata padat mengandungi Talc-hydrated magnesium silicate, iaitu bahan utama di dalam pembayang mata. Talc ini mungkin tercemar dengan carcinogenic asbestos dan apabila kita menggunakannya, ia akan berterbangan di udara dan akhirnya masuk ke dalam paru-paru.

Maskara

Maskara merupakan produk kosmetik kedua yang berbahaya selepas lipstik. Ia boleh mengandungi formaldehyde, alkohol dan beberapa plastik damar. Paling bahaya adalah apabila ia menyebabkan iritasi mata, mata merah dan bengkak pada mata.



Lipstik

Lipstik merupakan antara produk kosmetik yang paling bertoksik. Kebanyakan lipstik mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser. Masalah lain yang sering dilaporkan adalah seperti masalah mata, kulit memerah, terbakar, bengkak dan tak kurang juga masalah pernafasan.

Malah, ramai juga yang mengalami masalah bibir kering, merekah dan pengelupasan bibir akibat penggunaan lipstik. Puncanya dikatakan datang daripada pewangi, pewarna dan bahan-bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan lipstik. Ia juga mengandungi lanolin, yang menyebabkan kesan alahan.

budulagend

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...