Selasa, 15 Mei 2012

Hornster: Hon Basikal Yang Lebih Kuat Daripada Kapal Terbang Concorde *0*

Kebanyakkan basikal hanya mempunyai hon yang berbentuk loceng "kringg, kringg" je kan..Tapi kalau dengan basikal cap Hornster ni, sori la waa cakap luu, sekali korang buat hal, bunyi hon kapal dia bagi kat korang..Kalau nak tahu kenapa basikal hon ni dicipta, meh baca kat bawah ni..



 







Sekiranya basikal ini membunyikan hon pada jarak yang dekat, ia akan mengeluarkan bunyi sekuat 178 desibel, iaitu tahap bunyi yang begitu kuat jika digunakan dalam keadaan marah dan boleh membingitkan telinga pengguna jalan raya yang lain sekiranya berada terlalu rapat dengan basikal tersebut.

Basikal Hornster ini telah dibangunkan oleh Persatuan Pengangkutan Alam Sekitar (ETA) bagi memperlihatkan bahaya yang sering dialami oleh pengguna basikal semasa menunggang di dalam bandar. Majoriti kemalangan maut sering melibatkan trak dengan penunggang basikal di London.

Tiga saluran udara hon tersebut dipasang pada basikal KH3A Airchime yang diperoleh daripada syarikat lokomotif di Amerika, yang mana telah disesuaikan untuk dipasang pada bekas oksigen scuba.

Bunyi yang dikeluarkan adalah sangat kuat sehingga pada jarak 100 kaki dan lebih kuat daripada hon lori standard.

Basikal Hornster ini telah di ilhamkan oleh Yannick Read, yang menjelaskan, " Ketenangan sama yang membuatkan basikal sebagai sebuah pengangkutan yang bertamadun adalah dengan mendedahkan mereka kepada pengguna jalan raya yang lalai - Hornster adalah panggilan kejutan untuk mereka yang tidak memberi perhatian kepada pengguna basikal".


Basikal ini dijual pada harga 4,995 Pound Sterling..


Berapa kekuatan hon basikal Hornster ni?
- Hornster: 178db (@3ft) 140db (@50ft) 
- Jet F-14 semasa berlepas: 130db (@50ft) 
- Concorde (mendarat): 119db 
- Hon lori biasa: 110db (@100ft)  
- Traffik di bandar: 78db (central London) 
- Perbualan di restoran: 60db Decibel (dB) 
- Manusia berpendapat bahawa peningkatan sebanyak 10db untuk satu jenis bunyi sdalah sebagai penggandaan bunyi bising.









p/s: Dapat pemandu yang sakit jantung lagi masalah, tak pasal-pasal dituduh membunuh tanpa niat pulak..Hahahah
 drysheet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...