Khamis, 31 Mei 2012

Khasiat Haruman Aromaterapi

Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri.

   
 
 
 
 
 
 
1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, 
mempamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.
 
2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. Ia berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan juga kahak.
 
3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.
 
4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormon Kortisol yang terhasil semasa stress.
 
5. German Chamomile. Ia berfungsi mengurangkan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfungsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.
ohbulan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...