Isnin, 28 Mei 2012

Fenomena Planet Zuhrah 6 Jun 2012

Pada 6 Jun 2012, planet Zuhrah akan melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat dari Bumi. Di Malaysia, ia akan bermula sejak Matahari terbit dan akan berakhir jam 12:50 pm. Kali terakhir fenomena ini ialah pada 8 Jun 2004.

Apakah Itu Transit?
“Transit” merujuk kepada peristiwa di mana objek yang lebih dekat kelihatan lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih jauh. Transit berlaku apabila 3 objek berada sejajar atas garisan lurus. Transit melibatkan:
•laluan planet inferior (planet Utarid atau Planet Zuhrah) melintasi cakera Matahari atau
•laluan satelit planet atau bayangnya melintasi permukaan planet










Apakah Itu Transit Zuhrah?
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah melintas di antara Matahari dan Bumi dan dapat dilihat pada permukaan Matahari. Semasa transit, Planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi di hadapan permukaan Matahari jika dilihat menerusi penuras Matahari.

Contoh gambar:





Planet Zuhrah
Planet Zuhrah adalah planet kedua dari Matahari dalam sistem suria kita. Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja. Zurah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai Bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain. Berdiameter 12,104km iaitu 95% daripada diameter Bumi dan mempunyai jisim 4.87 x 1024kg, 81% daripada Bumi. Tarikan gravity di Zuhrah adalah lebih sedikit iaitu 0.91 kali daripada gravity di Bumi. Planet Zuhrah juga berputar seperti planet-planet lain tetapi putarannya adalah sangat perlahan. Sehari berada di Zuhrah menerupai 243 hari di Bumi. Planet Zurah mengambil masa 243 hari untuk melengkapkan satu pusingan lengkap mengelingi Matahari. Setahun berada di Zurah pula menyamai 224.7 hari di Bumi, iaitu selama 224.7 hari di Bumi untuk menglengkapkan orbitnya mengelingi Matahari. Antara keistemewaan Planet Zuhrah adalah ia tidak mempunyai Bulan seperti planet-planet lain dania berputar pada arah yang berlawanan dengan Bumi iaitu mengikut arah jam. Dari planet Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit daripada arah barat dan terbenam di arah timur. Jarak purata Zuhrah dengan Matahari ialah 108 208 930km dan dari Bumi adalah 41 388 750km.

Kekerapan Berlakunya Transit Zuhrah
Planet Zuhrah melengkapkan satu pusingan mengorbit Matahari selama 224.7 hari. Kita sepatutnya dapat melihat fenomena ini pada setiap kali Zuhrah melengkapkan satu pusingan orbitnya mengelilingi Matahari tetapi ini tidak berlaku kerana satah (permukaan) orbit Zuhrah dan Bumi tidak sama, iaitu satah orbit Zuhrah condong sebanyak 3 darjah daripada satah orbit Bumi. Ini menyebabkan planet Zuhrah akan melintasi sama ada di atas atau di bawah Matahari. Transit Zuhrah berlaku apabila Matahari, Zuhrah dan Bumi berada sejajar di atas satu titik persilangan di antara dua satah orbit Bumi dan Zuhrah. Transit Zuhrah berlaku ulangan dalam selang 8, 105.5, 8 dan 121.5 tahun.

Geografi Kenampakan Pada 6 Jun 2012
Kenampakan global bagi transit Zuhrah 2012 diilustrasikan dalam peta dunia seperti rajah di bawah. Keseluruhan transit (kesemua 4 sentuhan) akan dapat dilihat di Pasifik Barat, Asia Timur dan Australia timur. Kebanyakan tempat di Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Tenggara, Matahari akan terbenam sebelum fenomena berakhir. Manakala di Eropah, Asia Barat dan Tengah, Afrika Timur dan Australia Barat, transit sudah pun berlaku sebelum Matahari terbit. Fenomena transit ini langsung tidak akan dapat dilihat di Amerika Selatan dan Afrika Barat.

Kenampakan Transit Zuhrah Dari Malaysia
Transit Zuhrah yang akan berlaku pada 6 Jun 2012 akan dapat dilihat dari semua tempat di Malaysia. Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Transit Zuhrah sejak Matahari terbit sehingga transit berakhir pada pukul 12:49:57 pm. Transit Zuhrah kali ini bermula (sentuhan I) pada pukul 06:09:29 am, berada di fasa maksimum pada jam 09:29:28 am dan berakhir (sentuhan IV) pada jam 12:49:57 pm. Jadual di bawah menunjukkan waktu mula transit, waktu sentuhan dan waktu transit berakhir mengikut waktu Malaysia. Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa Transit Zuhrah berlaku kerana Matahari telah terbit sebelum Transit bermula manakala penduduk di Semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan Transit Zuhrah apabila Matahari terbit.

 mysyah-holiday.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...