Selasa, 29 Mei 2012

10 Alasan Untuk Tidak Minum Soft Drinks (Air Berkabonat)


1. Air berkabonat menyerap air dalam tubuh kita. ia bukannya memberikan air untuk tubuh kita, tapi malah menghabiskannya. Pemprosesan gula peringkat tinggi dalam air berkabonat memerlukan sejumlah besar air dalam tubuh kita.Untuk menukar air ini, anda harus minum 8-12 gelas air untuk setiap gelas air berkabonat yang anda minum.
 
 
 
 
 
2. Air berkabonat tidak pernah menghilangkan rasa haus anda, kerana ia bukanlah air yang diperlukan tubuh anda. Dengan tidak membekalkan air ke dalam tubuh kita berterusan akan menyebabkan badan kita terhidrasi dengan Mudah, yang melemahkan tubuh. Jesteru itu ia akan melemahkan sistem kekebalan dan menimbulkan pelbagai penyakit.
 

3. Tahap kandungan fosfat yang tinggi dalam air berkabonat dapat menghancurkan mineral penting dalam tubuh badan. air berkabonat boleh menghancurkan mineral penting dalam tubuh badan. Kekurangan mineral yang serius boleh menyebabkan Penyakit Jantung (kekurangan magnesium), Osteoporosis (kekurangan kalsium) dan banyak lagi. Sebahagian besar vitamin tidak berfungsi di dalam tubuh tanpa adanya mineral.
 

4. Air berkabonat dapat membersihkan karat pada bumper kereta atau benda logam lain. Bayangkan apa yang akan terjadi pada fungsi pencernaan dan organ tubuh yang lain.
 

5. Jumlah gula yang tinggi dalam air berkabonat menyebabkan pankreas menghasilkan insulin dalam jumlah yang besar, yang mengakibatkan tahap gula dalam badan meningkat. Kelebihan dan kekurangan gula dan insulin boleh menyebabkan diabetes dan penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan dalam tubuh. Keadaan ini dapat mengganggu pertumbuhan anak yang boleh menyebabkan masalah kesihatan seumur hidup.
 

6. Air berkabonat sangat mempengaruhi pencernaan. Kafein dan jumlah gula yang tinggi boleh menghentikan proses pencernaan. Ini bermaksud tubuh tidak menyerap gizi sama sekali dari makanan yang baru dimakan, bahkan yang sudah di makan beberapa jam sebelumnya. Jika makan kentang goreng ia akan memakan masa berminggu-minggu untuk dicerna. Jadi tidak ada yang lebih buruk dari pada air berkabonat yang boleh kita simpan di dalam tubuh.
 

7. Air berkabonat mengandungi aspartame, yang dihubungkan dengan depresi, insomnia, penyakit saraf dan banyak penyakit lain. FDA telah menerima lebih dari 10,000 aduan pengguna terhadap aspartame, 80% diantaranya mengeluhkan zat aditif pada makanan.
 

8. Air berkabonat bersifat sangat masam (asid), sehingga dapat menghakis tin aluminium dan dapat melembutkan tin tersebut bila disimpan terlalu lama. Pesakit-pesakit alzheimer semuanya mempunyai kadar aluminium yang sangat tinggi di dalam otak. Logam berat dalam tubuh boleh menyebabkan gangguan saraf dan penyakit lain.
 

9. Air berkabonat bersifat sangat masam: Tubuh manusia secara semulajadi memliki pH 7.0. Air berkabonat mempunyai pH 2.5 maksudnya anda memasukkan sesuatu yang beratus-ratus ribu kali lebih asid ke dalam tubuh anda! . Air berkabonat dan makanan asid lain mengumpul lebihan asid dalam tubuh yang terkumpul di dalam sendi dan disekitar organ tubuh. Contohnya, pH tubuh pesakit kanser atau radang sendi selalu rendah. Semakin parah penyakit seseorang semakin rendah pH tubuhnya.
 

10. Jangan pernah berfikir untuk meneguk air berkabonat ketika anda demam, selsema atau lain. Air berkabonat akan menyukarkan tubuh melawan penyakit tersebut.
anaketam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...