Selasa, 26 Jun 2012

Ikan Lumba-Lumba Berwarna Merah Jambu

Ikan lumba-lumba (dolphin) yang berwarna merah jambu di bawah sebenarnya memang wujud. Ikan lumba-lumba ini adalah daripada spesies Inia geoffrensis merupakan antara spesies ikan lumba-lumba air tawar. Habitat asal mereka ialah di sekitar sungai yang terletak di benua Amerika Selatan, terutamanya sungai Amazon dan Orinoco. Ikan ini juga dikenali sebagai Boutu, Amazon river dolphin dan Pink river dolphin.


 
 
 
 
 
 
 
 



Pada usia awal, ikan ini berwarna kelabu dan ianya akan bertukar menjadi warna merah jambu apabila semakin berusia. Setakat ini, saintis masih tidak mengetahui punca sebenar perubahan warna tersebut. Ikan ini merupakan ikan lumba-lumba primitif dan ia sangat jarang melompat dan kurang aktif, tidak seperti ikan lumba-lumba yang tinggal di lautan.

Spesies ikan lumba-lumba ini juga telah dimasukkan dalam senarai spesies terancam oleh IUCN kerana pencemaran sungai dan aktiviti perikanan telah mengancam nyawa ikan lumba-lumba ini dan juga memusnahkan habitat mereka.















via

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...