Selasa, 13 Mei 2014

Resepi - Pisang Goreng Best

  












Em..lama tak makan pisang goreng so ...... pagi ni  Umi buat breakfast simple jer tapi memang power tak percaya, boleh cuba sendiri. Ini resepinya.....cubalah    ...... tak rugi....... sedap


BAHAN-BAHANNYA:
10 biji pisang (pisang ape2 je yang sedap digoreng)
3 senduk tepung gandum
air secukupnya
gula merah
serbuk kayu manis
chese cheddar (diparut)

Caranya:
1. Campur tepung gandum dan air secukupnya untuk menggoreng pisang.Goreng pisang sampai masak, golden brown ler kata omputih. Bila dah masak angkat dan susunkan dalam pingan.

2. Campurkan gula merah dan serbuk kayu manis, gaul rata. Setelah itu taburkan atas pisang goreng tadi sama rata.

3. Akhir sekali Parutkan cheese cheddar ke atas pisang yg telah ditabur dgn campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secukupnya. Lepas tu apa lagi makan la....marbelesss.


Memang best rasa pisang goreng ni my husband makan sampai separuh pinggan...kepada sesiapa yg ingin merasa kelainan pisang goreng ni silakan. Gambar masih belum dapat disertakan.
umi-amir.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...