Selasa, 27 Disember 2011

Fakta-Duduk Membunuh Anda!



Salam...


Mesti korang rasa pelik bila baca tajuk kat atas tu.Atau mungkin korang tak faham maksud dia.Apa yang saya nak cakap di sini ialah duduk di atas kerusi atau kat mana2 pun boleh membunuh kita!


Dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti TV,komputer dan sebagainya membuatkan kita duduk lebih lama daripada biasa dalam sejarah;9.3 jam sehari.Lebih lama daripada masa tidur kita(7.7 jam).


Duduk selama lebih 6 jam sehari meningkat risiko sebanyak 40% untuk mati dalam masa 15 tahun berbanding dengan orang yang duduk kurang daripada 3 jam sehari.Tapi memang kita tak boleh elakkan untuk duduk lebih 6 jam sehari la kan?belajar kat sekolah duduk,makan duduk,buat kerja kat pejabat pun duduk.Kalau makan sambil berdiri kang orang cakap kurang ajar pulak...hehe..
Memang kajian menunjukkan duduk dengan lama boleh membunuh kita,tetapi bagaimana?


Duduk membuatkan kita jadi gemuk.
Orang yang obes duduk 2.5 jam lebih lama daripada orang yang kurus.Betul ke?Cuba perhatikan kawan2 korang...hehe..
Dari tahun 1980 hingga 2000:
-kadar bersenam kekal
-kadar duduk meningkat 8% 
-Obesity meningkat 2 kali ganda


Bagaimana duduk menjejaskan badan anda.
Apabila kita duduk:
-aktiviti dalam otot kaki berhenti
-pembakaran kalori menurun kepada 1 setiap minit
-enzim yang memecahkan lemak menurun sebanyak 90%


Cara mengatasi masalah ini.
Kebanyakan dari kita,duduk selama 8 jam di pejabat memang tak dapat dielakkan.Jadi,aktiviti seperti berjalan amat digalakkan.Cuba elakkan daripada duduk selagi boleh.




Selain itu,cara anda duduk juga dapat membantu mengekalkan kesihatan anda.Lebih baik untuk badan kita jika kita duduk dengan 135 darjah.



Ini je la info yang saya dapat kongsikan kali ni.Fakta2 kat atas ni semuanya diambil dari sumber yang boleh dipercayai.Walaupun entri kali ni tentang risiko kematian,sebenarnya ajal dan maut di tangan tuhan.Kita takde kuasa nak mempercepatkan atau memperlambatkan ajal kita.

Terima kasih kerana membaca....

Sekian...

rotibutter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...