Jumaat, 23 Disember 2011

Petua Dapur Yang Patut Kita Tahu (1)

23/12/2011
                                                   
1. Atasi sinki tersumbat


Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.

*kena cuba ni sebab sinki kat rumah ni senang sangat tersumbat. Selalunya saya curah air panas je tanpa letak garam kasar. Baru tahu ni...


2. Jimat Gas Ketika Masak Bubur

Rendam beras yang hendak dimasak selama 30 minit sebelum dimasak. Selain dapat menjimatkan menjimatkan penggunaan gas, ia akan mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.

*bolehlah masak bubur nasi dengan lebih mudah tanpa menunggu lebih lama lepas ni...


3. Khasiat Air Beras

Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

*MIL saya memang selalu buat... saya? tak buat sebab tak rajin nak tanam pokok pun.. hehe


4. Membasuh Buah-buahan

Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

*yang ini pun sama... MIL selalu pesan mesti basuh buah2an atau sayur2an dengan air garam dulu.


5. Bawang Kopek Tahan Lama

Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

*saya rajin kopek bawang masuk dalam peti sejuk sebab kalau bawang kat luar lama2 boleh jadi busuk tanpa disedari.

Supaya taugeh tahan lama

-simpan taugeh yang telah dibasuh bersih dalam bekas yang berisi air,perahkan limau nipis pehtu simpan dalam peti sejuk.Jangan lupe tukar air setiap harii bagi mengekalkan kesegaran taugeh itu.

7.  Sayur tahan lama dan tak mengecut

- ni petua daripada adik CPN..katanya kalo takmo sayur yang jenis berdaun ni mengecut atau mengering simpan dalam plastik macam kite baru beli dari kedai tu dalam peti dibahagian sayuranla tak perlu keluarkan dari plastik so sayur tu akan kekal segar je lagi.

 8. Menghilangkan kotoran pada sayuran

-biasanya kan kalo sayur-sayur jenis berdaun cam kangkung dan bayam atau yang sewaktu dengannya mesti ade kotoran macam pasir ke ape tah yang melekat so cara senang nak hilangkannya lepas potong sayur tu rendam dalam besen atau bekas yang berisi air so bile kite angkat sayur tu nanti pasir-pasir akan tertinggal dalam besen tu.ulang beberapa kali sampai bersih pastu kalo nak basuh dengan air lagi pon takde hal.

9 .Menyedapkan sambal tumis ikan bilis

-tumis lelama sikit sampai bahan rencah betu-betul pecah minyak dan warnanya menjadi begitu cantik sekali.. lebih sedap gunakan gula kabung atau gula melaka memang kick sambal tumis tu nanti.sama juga kalau campurkan gula kabung dalam kuah kacang memang sedap.



Sebenarnya ada bermacam petua yang boleh dikongsikan bersama..lainkali CPN share kan lagi yea..paling penting bila nak masak sesuatu harusla masak dengan sepenuh hati jangan time tu tengah moody ke ape nanti tak menjadila masakan tu..CPN kalo masak lebih suka guna lesung tuk tumbuk bahan-bahan sebab lebih sedap dan senang ditumis tak berair-air tapi kalo nak masak bebanyak dan nak cepat buleh je guna blend tapi biasanya kalo banyak pon tetap gak nak guna lesung huhu..hah jika kalians pon ade petua-petui bulehla kita share kan bersama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...