Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob, berkata sekolah yang menempatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima itu akan dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Belantik, Sik.
"Kita hanya tunggu pelan itu siap," katanya.
Sementara itu, Syeikh Ghazali berkata, kutipan zakat tahun ini adalah sebanyak RM102 juta, melebihi sasaran RM83 juta yang ditetapkan.
"Tahun 2010 kita kutip sebanyak RM80 juta kerana itu kita hanya sasarkan RM83 juta tetapi kutipan kita jauh lebih banyak. Ada lagi yang mahu membayar zakat sebelum akhir tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa dengan kutipan zakat padi yang baginya terlalu rendah berbanding kawasan sawah padi yang luas di negeri Kedah.
"Negeri Jelapang Padi, kalau ikutkan keluasan sawah padi kita sepatutnya dapat RM38 juta setahun tetapi kutipan kita hanya kira-kira RM3 juta. Untuk itu kita adakan sesi penerangan tentang zakat ini kepada penanam padi dan kita panggil semua amil," katanya.
Empat syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Syeikh Ghazali ialah Koperasi Bank Persatuan Malaysia Bhd (RM480,039.73), Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (RM170,628.70), Permodalan Usahawan Nasional Bhd (RM100,000) dan Public Bank Bhd (RM15,000), dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM765,668.43.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan